Euforia Bola 2026
Percutian

Tak Naik Flight, Pemuda Ini Kongsi Itinerari Mengujakan Travel KL Ke Tanjung Priok Guna ETS, Feri & Kapal Laut

Tanjung Priok

Perkongsian perjalanan solo oleh Syazwan Idris, 30 tahun, ke Tanjung Priok benar-benar membuka sisi lain dunia travel yang jarang diceritakan. Di mana ia, mempunyai gabungan darat, laut dan pengalaman hidup atas perjalanan panjang yang penuh cerita.

Baca juga: Perut Buat Hal Masa ‘Travel’? Wanita Ini Dedah Rahsia Pil Hitam Selamatkan Dia Dari Malu, Terus Baik Dari Memulas!

ITINERARI TRAVEL SOLO KE TANJUNG PRIOK DARI KL SENTRAL

Tanjung Priok

Gambar: Syazwan Idris

1. Dari KL ke Johor naik ETS business class

Perjalanan pemuda ini bermula dari KL Sentral menuju JB Sentral dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) selama lebih 4 jam.

Menariknya, Syazwan memilih business class dengan harga RM155.30 dan mengakui servis yang sangat selesa. Malah, kru turut membantu dengan mesra sepanjang perjalanan.

Pengalaman ini menjadi warm up sebelum masuk ke fasa perjalanan laut yang lebih mencabar.

2. Feri Johor ke Batam & transit Indonesia

Seterusnya, perjalanan Syazwan diteruskan dari Stulang Laut Ferry Terminal ke Batam menggunakan feri ekonomi dengan kos sekitar RM100 + RM23 cukai.

Perjalanan laut selama 2 jam ini menjadi titik peralihan penting sebelum dia meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Indonesia, sebuah daratan yang lebih jauh dan penuh pengalaman baharu.

3. Pelni Batam ke Tanjung Priok 2 hari di laut

Bahagian paling unik dalam travel ini ialah apabila Syazwan menaiki kapal Laut Pelni dari Batam ke Tanjung Priok di Jakarta.

Perjalanan ini mengambil masa 2 hari penuh di atas laut dengan harga RM170 seorang untuk kelas 2B (8 orang satu bilik), termasuk 3 kali makan sehari.

Pengalaman berada lama di laut memberi perspektif berbeza tentang kehidupan travel. Di mana, lebih perlahan, lebih tenang dan sangat real berbanding penerbangan biasa.

Baca juga: Seronoknya! ‘Melaka Tourism Passport’ RM5 Diperkenal, Boleh Guna Untuk 63 Produk Pelancongan

Tanjung Priok

Gambar: Syazwan Idris

KOS PERJALANAN & PLATFORM TEMPAHAN

Keseluruhan perjalanan ini ditempah melalui aplikasi Kits dan Easybook, menjadikan proses perancangan lebih mudah walaupun melibatkan beberapa mod pengangkutan.

Ringkasan kos sehala:

  • ETS KL – JB: RM155.30
  • Feri Johor – Batam: RM123
  • Kapal Pelni Batam – Tanjung Priok: RM170

Jumlah keseluruhan ini menjadikan perjalanan panjang 2 negara sebagai pengalaman mampu milik bagi mereka yang berani mencuba.

Perjalanan ke Tanjung Priok ini membuktikan bahawa travel bukan hanya tentang cepat sampai, tetapi tentang pengalaman di sepanjang perjalanan.

Dari ETS moden, feri sederhana hingga kapal laut yang mengambil masa berhari-hari. Setiap satu ada cerita tersendiri yang tak dapat diganti dengan penerbangan terus.

Jika pembaca Siraplimau ingin melalui pengalaman yang sama, boleh jadikan perjalanan solo saudara Syazwan Idris ini sebagai rujukan.

ke Tanjung Priok

Gambar: Syazwan Idris

Baca juga: 7 Destinasi ‘Healing’ Di Malaysia Yang Bukan Sahaja Cantik Tapi Ada Sumber Air Mineral Semula Jadi

Sumber: Facebook Wan Idris

FT Image: Facebook Wan Idris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×