Euforia Bola 2026
Percutian

7 Percutian Bajet Luar Negara Yang Sesuai Bawa Anak, Poket Ibu Ayah Pun ‘Tak Koyak’!

PERCUTIAN BAJET

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa senarai lokasi percutian bajet di luar negara dan yang pastinya mesra kanak-kanak.

Setiap destinasi yang dipilih bukan sahaja menawarkan kos berpatutan malah menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya anak-anak.

Baca juga: Senarai Penuh Tempat Makan Sedap Di Melaka, Orang Lokal Tak Pernah Bosan Singgah Sini!

7 PERCUTIAN BAJET LUAR NEGARA YANG MESRA KANAK-KANAK

PERCUTIAN BAJET

Freepik

1. Hat Yai, Thailand

Percutian bajet versi mesra kanak-kanak yang pertama adalah Hat Yai, Thailand. Terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia, ia pastinya memudahkan anda kerana boleh menaikiti kereta, bas atau kereta api.

Antara aktivit mesra kanak-kanak boleh dilakukan:

Magic Eye 3D Museum: Muzium gambar 3D dan anak-anak boleh bergambar dalam suasana interaktif.

Songkhla Zoo: Ada tram dan cable car, haiwan seperti singa, harimau dan burung eksotik.

Samila Beach: Pantai bersih dengan patung ikan duyung, banyak aktiviti santai dan taman permainan.

Greenway Market & Asean Night Bazaar: Bnayak menyediakan makanan halal, baju, dan mainan – sangat menarik untuk seisi keluarga.

Kos:

  • Penginapan bajet bawah RM100/malam.
  • Makanan dan pengangkutan di sana sangat murah.

2. Bandung, Indonesia

Suhu sejuk dan nyaman di Bandung membuatkan anak-anak lebih selesa untuk bercuti.

Aktiviti yang boleh dilakukan:

Farmhouse Lembang: Rumah Hobbit, haiwan kecil, suasana kampung Eropah.

Floating Market Lembang: Anak-anak boleh naik bot kecil dan main di taman permainan air.

Dusun Bambu & De’Ranch: Aktiviti luar seperti naik kuda, beri makan arnab, berkhemah.

Trans Studio Bandung: Taman tema indoor moden – sesuai walaupun hujan.

Kos:

  • Tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal.
  • Banyak penginapan untuk keluarga bawah RM150/malam.

3. Krabi, Thailand

Idea percutian bajet selanjutnya adalah di Krabi Thailand dan sesuai untuk mereka yang suka melihat alam semula jadi.

Aktiviti bersesuaian:

Island hopping ke 4 Islands – pantai landai dan jernih, sesuai untuk kanak-kanak bermain pasir.

Emerald Pool & Hot Spring: Kolam semula jadi yang cetek dan selamat untuk anak kecil.

Ao Nang Beach: Banyak hotel bajet mesra keluarga dan kedai makanan halal berhampiran.

Taman Monumen Krabi Crab – tempat jalan-jalan santai tepi laut.

Kos:

  • Tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal.
  • Banyak penginapan untuk keluarga bawah RM100/malam.

4. Phu Quoc, Vietnam

PERCUTIAN BAJET

Freepik

Di Phu Quoc, Vietnam, anda juga boleh merasai pengalaman percutian bajet yang tenang dan tidak sama seperti ibu kota.

Aktiviti mesra kanak-kanak:

VinWonders Phu Quoc: Taman tema besar ala Disneyland.

Vinpearl Safari: Safari haiwan dengan tram – sangat menarik untuk anak-anak.

Pantai Sao & Long Beach: Air jernih dan pantai bersih, sesuai untuk mandi manda.

Cable Car ke Hon Thom Island: Pemandangan cantik dan taman air.

Kos:

  • Tiket penerbangan antara RM300–400 tetapi penginapan murah.
  • Sesuai untuk percutian 4H3M ke atas.

5. Percutian bajet – Medan, Indonesia

Penerbangan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit dari Kuala Lumpur.

Aktiviti boleh dilakukan:

Danau Toba & Pulau Samosir: Boleh naik bot, lawat kampung tradisional, suasana damai.

Hillpark Sibolangit: Taman tema mini, sesuai untuk anak bawah 12 tahun.

Taman Buaya Asam Kumbang: Anak-anak boleh lihat buaya dari jauh.

Ladang buah & kawasan kampung: Banyak ruang untuk anak bermain dengan bebas.

Kos:

  • Pakej bajet 3H2M bermua RM500/sekepala.
  • Makanan lokal seperti ayam penyet dan nasi padang yang mudah diterima oleh anak-anak.

6. Brunei

Brunei merupakan negara Islam dan suasananya lebih sesuai untuk bercuti bersama anak-anak.

Aktiviti boleh dilakukan:

Jerudong Park Playground: Taman tema klasik, sesuai untuk anak-anak.

Royal Regalia Museum: Anak-anak boleh belajar sejarah raja dan lihat replika istana.

Pantai Serasa & Pantai Muara: Bersih, sesuai untuk mandi dan berkelah.

Taman Mahkota Jubli Emas: Taman awam besar, selamat untuk berbasikal dan bersiar-siar.

Kos:

  • Tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal.

7. Sapa (Vietnam)

Lokasi percutian bajet yang terakhir adalah Sapa,Vietnam kerana suhunya sejuk selesa untuk anak-anak.

Aktiviti boleh dilakukan bersama anak:

Naik kereta kabel ke Fansipan Mountain – pengalaman seronok untuk kanak-kanak.

Lawatan kampung etnik: Anak-anak boleh lihat budaya dan kehidupan kampung.

Trekking ringan & naik kereta kuda: Aktiviti santai sambil nikmati pemandangan.

Main salji buatan (musim sejuk) – pengalaman menarik untuk anak kecil.

Kos:

  • Tiket penerbangan murah sekiranya ditempah awal.

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Baca juga: Cara Isi Borang Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC), Salah ‘Step’ Tak Boleh Masuk Nanti!

Sumber: Travelynn Family

 

 

REV Media Group melalui MyResipi, SirapLimau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin. Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik. Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×