Euforia Bola 2026
Famili

Penyewa Dari ‘Neraka’ Buat Hal, Rumah Hancur & Bil Air Cecah RM200, Owner Terkedu Bila Datang

penyewa rumah

Tular di TikTok apabila seorang wanita berkongsi pengalaman pahit berdepan dengan penyewa rumah yang membiarkan kediamannya itu dalam keadaan sangat kotor dan bersepah.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok milik @ftnramliee, pemilik rumah tersebut berkongsi keadaan sebenar unit kediaman miliknya yang disewa sebelum ini lengkap dengan perabot.

Baca juga: Kakak Campak Adik Usia 21 Hari Dari Tingkat Empat, Rasa Cemburu Berakhir Dengan Kematian

PENYEWA RUMAH DARI NERAKA, PENUH SEMUA BENDA DISIMPAN

penyewa rumah

Menurut perkongsian itu, dia mula mengesyaki sesuatu apabila menerima bil air yang tertunggak dan mendapati jumlahnya meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM200, jauh lebih tinggi daripada kebiasaan.

Disebabkan perkara itu, pemilik berkenaan mengambil keputusan untuk datang sendiri ke rumah bagi membuat pemeriksaan. Namun, sebaik membuka pintu, dia terkejut besar melihat keadaan kediaman yang hancur dan dipenuhi sampah sarap.

Rakaman video tular itu memaparkan sikap penyewa rumah yang tidak menjaga keselesaan di dalam rumah. Hal ini kerana segala barang dibiarkan berselerak di atas lantai sehingga tiada laluan.

Dia turut menasihati pemilik rumah lain agar lebih berhati-hati dalam memilih penyewa dan memastikan perjanjian sewa ditandatangani secara sah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib pemilik berkenaan dan menasihatkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap penyewa terbabit.

penyewa rumah

Sebahagian pengguna turut berkongsi pengalaman serupa, mendakwa pernah berdepan penyewa yang meninggalkan rumah dalam keadaan tidak terurus selepas tamat tempoh sewaan.

Kes seperti ini menjadi peringatan penting buat semua pemilik hartanah agar tidak hanya bergantung pada kepercayaan, tetapi juga mengambil langkah proaktif termasuk mengenal pasti latar belakang penyewa serta menetapkan deposit yang mencukupi.

Kisah ini tular di TikTok menerusi akaun @ftnramliee dan kini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

“Macam mana dia hidup dalam rumah macam ni? Nak berjalan pun susah. Macam mana nak solat,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: KPM Umum Kalendar Akademik & Cuti Sekolah 2026, Sesi Persekolahan Kembali Bulan Januari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×