Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Penyewa Putih Mata Deposit RM13,000 Kena ‘Burn’, Pemilik Rumah Tanda 300 Kecacatan Rumah!

deposit sewa rumah

Seorang penyewa terkejut setelah mengetahui pemilik rumah enggan mengembalikan deposit sewa rumah sebanyak RM13,000 dengan alasan beratus-ratus kecacatan yang ditemui.

Penyewa wanita itu berkata, dia berpindah ke rumah itu ketika ia masih baru sambil tidak mendedahkan lokasi sebenar.

Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!

DEPOSIT SEWA RUMAH KENA ‘BURN’

deposit sewa rumah

Gambar: MSN

Wanita itu mendapati bahawa pemilik rumah telah menanda setiap satu daripada 300 kecacatan dengan nota kuning (post-it notes), setelah dia menyerahkan semula rumah tersebut.

Menurutnya, kecacatan terjadi akibat daripada proses memindahkan perabot ke dalam rumah.

Terkejut dengan kejadian yang berlaku, dia lantas berkongsi kisahnya di Facebook pada 30 Januari lalu untuk mendapatkan pandangan warga maya.

Pemilik rumah menanda seluruh rumah dengan kecacatan

Dalam hantaran yang kini tular, wanita itu berkongsi foto nota kuning yang melekat di seluruh rumah dengan kecacatan yang ditanda adalah kesan calar, noda dan lekukan di dinding.

Wanita itu menjelaskan, pemilik rumah mengharapkan dia membayar ganti rugi, selain mengambil depositnya dengan nilai yang besar.

Dalam usaha untuk mendapatkan semula depositnya, dia cuba menyelesaikan beberapa isu yang dinyatakan.

Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!

Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!

Upah pekerja untuk membaiki kerosakan

deposit sewa rumah

Gambar: MSN

Dia mengupah pekerja untuk membaiki kecacatan dengan melakukan pembersihan secara mendalam, mengecat dinding dan memelihara semula taman sebagai usahanya untuk mengembalikan rumah itu kepada keadaan asal.

Namun, selepas pembaikan, pemilik rumah masih tidak berpuas hati dengan menyatakan cat yang digunakan tidak sepadan dengan warna asal. Bahkan, turut menambah senarai kecacatan baru.

Selain itu, pemilik rumah memutuskan untuk menggunakan depositnya untuk menggantikan lantai sepenuhnya dan  membersihkan rumah secara menyeluruh.

Akhirnya, pemilik rumah mengembalikan RM2,400 yang berbaki.

Ramai warga maya berpihak kepada penyewa

Kisah itu membuatkan warga maya terkejut dengan ramai yang menyebelahi kepada penyewa.

Di mana, seorang pengguna Facebook menyatakan rumah itu masih kelihatan baharu berdasarkan gambar yang dilihatnya. Ada juga yang berpendapat tuan rumah sengaja mencari alasan untuk tidak mengembalikan deposit.

Menurut sumber berita MSN, kejadian antara penyewa dan pemilik rumah itu dipercayai berlaku di negara Thailand.

Baca juga: Suri Rumah Dedah Pencuci Mangkuk Tandas ‘Power’, Biar 5 Minit & Tak Perlu Berus… Berkilat!

Sumber: MSN

FT Image: MSN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×