Euforia Bola 2026
Famili

Dua Beradik Alami Penyakit Kulit Jarang Jumpa, Penuh Cabaran Tapi Tak Pernah Merungut…

penyakit kulit

Penyakit kulit jarang jumpa atau dikenali sebagai Epidermolysis Bullosa (EB) merupakan masalah kulit rapuh yang mudah melecet atau berdarah walaupun dengan sentuhan ringan.

Penyakit kulit itulah yang dialami oleh dua beradik Aina Afieyah, 9, dan Muhamad Mikhail, 3, yang tinggal di Ulu Kuang, Chemor, Ipoh, Perak.

Baca juga: Nahas UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada & Tangan

PENYAKIT KULIT JARANG JUMPA DIALAMI DUA BERADIK

PENYAKIT KULIT

Bapa kepada dua beranak itu, Muhamad Nazreen Syah Musthafa, 36, menjelaskan bahawa penyakit kulit yang dialami anaknya tidak menghalang mereka untuk meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Walaupun  menderita sakit kulit yang kro­nik, anaknya itu sama sekali tidak pernah mengeluh mahupun merungut.

“Dia tak pernah merungut mengenai keadaan fizikalnya, dia sudah terbiasa sejak lahir. Dia budak yang mudah faham dan matang selain kuat semangat,” jelasnya.

Seseorang yang mengalami pesakit EB berhadapan kesukaran kerana lapisan kulit mereka tidak melekat dengan baik, menyebabkan luka dan berisiko dijangkiti.

Penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada membran mukus dan organ dalaman, menjadikan penjagaan dan rawatan harian amat mencabar.

Bapa mereka yang juga merupakan jurugambar sambilan Utusan Malaysia Biro Perak meluahkan rasa syukur atas bantuan Tabung Kasih@HAWANA yang diterimanya menjelang Aidilfitri lalu kerana membantu meringankan beban keluarga, khusus untuk dua anaknya itu.

Muhamad Nazreen Syah berkata bantuan yang diterima pada Ramadan lepas sangat bermakna kerana ketika itu keluarganya berdepan kesukaran mendapatkan bekalan ubat dan peralatan rawatan luka anak-anaknya yang amat memerlukan penjagaan rapi.

Baca juga: Cara Bercuti Ke Utara Pakistan Bawah RM3000 Seorang, Boleh Pergi 7 Hari 6 Malam!

Sumber: Facebook BERNAMA & Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×