Euforia Bola 2026
Famili

Wabak Misteri Di Yan, Pelajar Sekolah Alami Demam, Kulit Lepuh & Muntah Selepas Pulang Kem

penyakit berjangkit

Kejadian terbaharu yang mula menjadi punca kerisauan ramai adalah, satu kluster penyakit berjangkit yang belum dapat dikenal pasti telah mula merebak dalam kalangan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di Yan, Kedah, menurut laporan AWANI.

Sebagai langkah pencegahan, semua pusat kesihatan di Kedah diarahkan untuk memperketatkan pemantauan, terutamanya terhadap pesakit yang mengalami gejala seperti demam, batuk, lepuh, muntah, cirit-birit, dan ruam.

Baca juga: “Arwah Anak Sulung Harapan Keluarga..”- Siswi UUM Maut Dihimpit Bas Kampus, Kecederaan Jantung

KLUSTER PENYAKIT BERJANGKIT MISTERI DIKESAN DI YAN, KEDAH

penyakit berjangkit

Foto hiasan.

Menurut laporan, pihak kesihatan juga diminta memerhati pesakit yang mempunyai sejarah kunjungan, bermalam, atau terlibat dalam aktiviti di Kem Palas, Yan, bermula 3 April atau selepasnya. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria, menegaskan kepentingan untuk segera mengenal pasti kluster yang berpunca dari kem berkenaan.

Beliau juga mengarahkan semua pegawai perubatan supaya segera melaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah jika mengesan pesakit yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Menurut Mansor, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah mengesahkan terdapat kluster penyakit berjangkit tidak dikenal pasti yang melibatkan pelajar dan kakitangan di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda. Maklumat berkaitan kes ini diterima oleh jabatan berkenaan pada Khamis lalu.

“Saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mencetuskan ketakutan serta mengganggu proses siasatan. Saya juga menyeru semua untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan di kawasan kediaman serta tempat riadah bagi mencegah penyebaran penyakit,” katanya.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda memaklumkan bahawa daripada 763 individu yang diperiksa, seramai 39 orang (5.11 peratus) menunjukkan simptom seperti demam, batuk, dan ruam. Kesemua yang terlibat adalah pelajar dan kakitangan yang berusia sekitar 14 tahun.

“Semua pesakit kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” ujar Mansor lagi.

penyakit berjangkit

Foto: Freepik

Beliau turut menambah bahawa pemeriksaan lanjut, penilaian risiko serta langkah kawalan telah dilaksanakan di kawasan terjejas.

Baca juga: Berita Baik! Penghidap 3 Jenis Penyakit Mental INI Layak Untuk Mohon Bantuan MySalam

Sumber: AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×