Euforia Bola 2026
Asuh

“Kesian Kalau Bayi Kena” Budak Disyaki Chicken Pox Mandi Kolam Kanak-Kanak, Cetus Kebimbangan Ramai!

penyakit chicken pox

Satu perkongsian seorang ibu di Threads baru-baru ini mencetuskan kebimbangan ramai selepas dia mendakwa terlihat seorang kanak-kanak dipercayai menghidap penyakit chicken pox mandi di kolam kanak-kanak sebuah resort terkenal di Port Dickson.

Baca juga: Ramai Baru Tahu, Ada Amalan Lama Makan Daging Korban Sebagai Ikhtiar Gangguan Sihir… Ini Caranya!

BUDAK DISYAKI ADA PENYAKIT CHICKEN POX MANDI KOLAM

penyakit chicken pox

Foto: Gemini AI

Perkongsian itu menjadi perhatian apabila wanita terbabit meluahkan rasa risau terhadap keselamatan pengunjung lain terutama bayi dan kanak-kanak kecil yang turut menggunakan kolam berkenaan.

Menurut wanita itu, dia mula menyedari sesuatu yang mencurigakan selepas terlihat kesan ruam pada tubuh seorang kanak-kanak yang sedang mandi di kolam kanak-kanak.

Disebabkan mahu mendapatkan kepastian, dia kemudian bertanya sendiri kepada budak tersebut sama ada dia menghidap chicken pox atau tidak.

Bila nampak budak tu mandi dekat pool kanak-kanak, saya terus tanya ‘dik awak ada chicken pox ke?’ dan dia jawab ‘Aah!’ Jujur terus jawab,” tulisnya di Threads.

Katanya lagi, situasi itu membuatkan dia terus terfikir mengenai risiko jangkitan terhadap kanak-kanak lain yang berada di kawasan kolam tersebut ketika itu.

Risau Ada Bayi Yang Belum Lengkap Vaksin Penyakit Chicken Pox

penyakit chicken pox

Foto: Gemini AI

Wanita terbabit turut meluahkan rasa simpati apabila melihat beberapa keluarga membawa bayi kecil mandi di kolam sama.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya ada bayi yang belum menerima vaksin lengkap atau mempunyai imuniti badan yang rendah.

“Kesiannya tengok ada yang bawa baby. Tak pasti baby tu dah vaksin chicken pox atau measles ke belum,” katanya lagi.

Chicken pox atau cacar air merupakan jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak. Antara simptom biasa termasuk ruam merah, lepuh berair serta rasa gatal pada badan.

Virus ini boleh berjangkit melalui sentuhan, batuk, bersin atau perkongsian ruang dengan individu yang dijangkiti.

Ibu Dakwa Mak Budak Terus Bawa Anak Ke Pool Lain

Dalam masa sama, wanita tersebut menjelaskan bahawa pada awalnya dia tidak menyedari ibu kepada kanak-kanak itu sebenarnya berada berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, selepas pertanyaan diajukan kepada budak berkenaan, ibu kanak-kanak tersebut terus membawa anaknya beralih ke bahagian kolam lain.

“Mulanya saya tak perasan rupanya mak budak tu ada dekat belakang. Lepas saya tanya anak dia, dia terus bawa anak tu pergi ke side pool lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, demi keselamatan pengunjung lain, dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu kepada lifeguard resort terbabit.

Lifeguard Terus Ambil Tindakan Selepas Dimaklumkan

Wanita itu turut memuji tindakan lifeguard yang dilihat serius selepas menerima aduan berkenaan.

Menurutnya, kira-kira 20 minit selepas laporan dibuat, kanak-kanak tersebut sudah tidak kelihatan lagi di kawasan kolam.

“I sempat info lifeguard je semalam. Life guard tu pun nampak seriously concerned lepas i bagi tahu. Then 20 mins later i tengok dah takde dah budak tu,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak hotel berhubung dakwaan tersebut.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri dan anak-anak ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan kepada individu lain.

Baca juga: “RM7 Jadi Punca Kekecohan”- Pemandu E-Hailing Dakwa Penumpang Bertindak Agresif, Tampar Isteri Dalam Kereta

Sumber: Threads @nasrinnadirah

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×