Seorang penuntut kolej berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai–Desaru, Johor Bahru, pada malam Rabu.
Mangsa dikenali sebagai Intan Darwiena Abdullah, penuntut Kolej Vokasional ERT Azizah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Baca juga: Hilang 6 Ahli Keluarga Di Sungai Korok, Putri Qisya Tunaikan Hasrat Arwah Ibu Bapa Terpilih Ke MRSM!
PENUNTUT KOLEJ MAUT KEMALANGAN MOTOSIKAL-KERETA

Penunggang motosikal, Intan Darwiena Abdullah, mengalami kecederaan parah di bahagian badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku sekitar 10.40 malam, melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang mangsa dan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita berusia 35 tahun.
“Siasatan mendapati kereta tersebut yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Johor Bahru telah hilang kawalan sebaik tiba ke lokasi lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala, pemandu kereta pula dilaporkan mengalami sakit di bahagian dada dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Gambar: Polis Daerah Kota Tinggi
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.
Menurut Yusof, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.
“Pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun,” katanya.
Baca juga: TikTok Shop Sasar 1,000 Sesi LIVE All-Star 2026 Untuk Sokong Program Mall, Naikkan Jenama Usahawan!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Polis Daerah Kota Tinggi
