Biarpun sesulit mana situasi anda, jangan dilupakan untuk jaga hubungan dengan Allah SWT yang amat penting sebagai seorang Muslim.
Sebagaimana hantaran video di Tiktok seorang lelaki dikenali sebagai Jarir Harun yang berkongsikan kisah meruntun jiwa ketika singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat, telah membuat banyak hati yang terkesan ketika menontonnya.
Baca juga: Biodata Mirzan Meer Pewaris Habib Jewels, Berjaya ‘Tambat’ Hati Bintang Terkenal Indonesia
JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH WALAUPUN DIRI TERBATAS

Menurut cerita Jarir, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang penjual kerepek yang tempang serta mengalami masalah kekejangan pada kaki sehingga terpaksa merangkak untuk bergerak.
Situasi tersebut bertambah menyentuh hatinya apabila penjual kerepek itu dilihat berusaha menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, meskipun terbatas dari segi kudrat.
“Semalam singgah ke surau sekejap, tiba-tiba seorang abang ini parkir motosikal di tepi pintu masuk dan minta tolong. Nampak macam cemas.
“Rupanya nak minta tolong pimpin dia ke tandas surau, katanya kaki dia ‘cramp’ lama sangat tunggang motosikal. Selepas dah selesai, saya pun duduk sekali dengannya sekejap nak berborak.
Lanjutnya lagi,
“Saya tanya abang itu jual apa, sebab nampak ada beg besar atas motosikalnya. Rupanya, dia jual kerepek. Tak lama selepas itu, masuk waktu Maghrib dan abang itu terus bergegas pergi ambil wuduk.
“Saya terkesima, tengok macam mana cepat abang tersebut ‘sambut’ panggilan solat,” ujar Jarir.
Baca juga: Penyajak Cilik 2 Beradik Menang Di Kebangsaan, Kisah Berliku Disebaliknya Buat Ramai Terkesan!

Tambah Jarir lagi,
“Saya rasa malu sangat dengan Allah dan dengan abang ini. Kita ini macam-macam minta dengan Dia tapi solat pun selalu lewatkan.
“Saya minta izin dengan abang itu nak tolong promosikan jualan dia. Alhamdulillah, abang itu izinkan.
“Kalau nampak orang seperti abang ini jual kerepek atau barang-barang lain yang kita tak perlukan sangat pun, saya akan beli je.
“Sebab dia sedang berusaha dengan tenaga empat kerat dia dan bukan meminta-minta. Terima kasih bang datang ‘tegur’ saya hari ini. Semoga Allah selalu mudahkan urusan abang ya,” ulasnya mengakhiri kata.
Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!
Reaksi warga maya yang terkesan!
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata warga maya turut terharu dengan kecekalan penjual kerepek tersebut.
“Ini Saad, jiran di perumahan dan kawan adik saya. Memang dari kecil dia usaha sendiri dan yang pasti memang rajin ke surau. Semoga Saad terus kuat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
“Kau memang hebat abang Saad. Tak mampu dibuat untuk orang yang sihat zaman sekarang. Rasa tersentuh perasaan bagi kami yang sempurna. Ya Allah, permudahkan segalanya untuk abang Saad.
“Aku tak cemburu dengan orang pakai kereta Ferrari ke Lambo, tapi aku cemburu dengan orang hebat yang macam ini.
“Aku malu dengan abang ini, aku cukup sempurna gaji banyak tapi solat terlepas macam itu sahaja. Terima kasih abang, teguran halus tapi meninggalkan kesan pada hati,” ujar beberapa pelayar.
@jarirharun Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri
Sumber: Tiktok @jarirharun
FT Image: Tiktok @jarirharun
