Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Wakeel, terus mencuri perhatian warga maya dengan penampilan yang semakin matang dan menawan. Anakanda ke-11 kepada Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, sering kali menjadi sorotan di media sosial apabila gambarnya dimuat naik oleh para peminat.
Sekali pandang memang seiras dengan kakandanya Putera Abdul Mateen dan ayahandanya sendiri!
Baca juga: Ada 600 Kereta Mewah Rolls-Royce, Ini 6 Fakta Kekayaan Sultan Brunei Tak Tercapai Dek Akal!
Pengiran Muda Abdul Wakeel Dah Dewasa, Kacak!

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di laman sosial yang memaparkan Pengiran Muda Abdul Wakeel sedang mengagihkan sumbangan kurniaan peribadi bagi pihak ayahandanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam majlis berkenaan yang berlangsung di daerah Temburong, Brunei Darussalam, sebanyak 17,352 penerima dari seluruh negara Brunei telah menerima bantuan, termasuk golongan orang kurang upaya, anak-anak yatim, asnaf fakir miskin serta penerima Bantuan Kebajikan Bulanan.
Penampilan putera berjiwa rakyat itu nyata memukau ramai apabila mengenakan baju Melayu berona kelabu gelap lengkap bersamping keemasan. Sosok Pengiran Muda Abdul Wakeel yang bakal menginjak usia 19 tahun pada 1 Jun ini jelas memperlihatkan perubahan daripada seorang kanak-kanak kepada seorang lelaki muda yang berwibawa dan segak bergaya.
Malah, sikapnya yang murah dengan senyuman turut menambahkan pesona, menjadikannya antara figura diraja yang dikagumi ramai.
“MEMBESAR MENJADI SEORANG LELAKI YANG SEJATI..”

Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim, ibunda kepada Pengiran Muda Abdul Wakeel, turut berkongsi momen istimewa itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, beliau memuat naik video tular majlis pengagihan bantuan itu serta sekeping foto kenangan anakandanya ketika kecil. Mesej yang dititipkan Azrinaz menyentuh hati ramai:
“Bagaimana kamu telah dewasa menjadi seorang lelaki sejati yang baik,” tulisnya di kapsyen.
Untuk rekod, Azrinaz berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini berusia 17 tahun.
Selepas berpisah, Azrinaz mendirikan rumah tangga kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid, pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Areesya Malaykha dan Atheera Medinah, masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

*Tersengih-sengih penulis tengok wajah Putera Wakeel dalam video…
@casper.bwn His Royal Highness Prince ‘Abdul Wakeel presented Kurnia Peribadi or personal gift of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah. #tiktok #brunei #fyp #royalties #prince #wakeel #bruneiroyalfamily #hismajesty #sultan ♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: IG @azrinazmazharhakim, Tiktok
