Euforia Bola 2026
Famili

Foto Terbaharu Puteri Sulung Putera Mateen Tersenyum Manis Curi Tumpuan Peminat Pasangan Diraja Brunei Ini!

puteri sulung

Setiap kali berkongsi tentang keluarga, pasti ramai yang ternanti-nanti perkembangan terkini daripada Pasangan Diraja Brunei Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bersama puteri sulung mereka, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.

Terbaharu, Putera Mateen memuat naik tiga potret gambar di Instagram yang memaparkan momen santai bersama isteri dan puteri sulung mereka itu.

Baca juga: ‘Lakonan’ Naik Kerusi Roda Di Airport Jadi Plot Twist- Sampai New Zealand, Anak Ternganga Tahu Abah Buat Sky Diving!

FOTO TERKINI PUTERI SULUNG PUTERA MATEEN TERSENYUM MANIS CURI TUMPUAN

puteri sulung

Instagram @tmski: Wajah terkini Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah yang sedang membesar.

Dalam salah satu gambar yang dikongsikan, wajah terkini Puteri Zahra Mariam jelas kelihatan tersenyum manis ketika berada di atas pangkuan ayahandanya, sehingga memikat mata yang memandang.

Penampilan comel bayi tersebut segera mencuri perhatian ramai yang rata-rata teruja melihat perkembangan terbaharu puteri sulung pasangan diraja Brunei itu. Walaupun masih kecil, setiap perkongsian berkaitan anak pasangan ini sering mendapat perhatian meluas di media sosial.

Ramai warga maya turut berkongsi rasa gembira melihat momen kekeluargaan tersebut dan mendoakan kesejahteraan buat bayi berkenaan.

Isteri putera mateen dilihat menolak stroller bayi di taman

puteri sulung

Instagram @tmski

Selain itu, gambar lain turut memaparkan Anisha Rosnah sedang menolak stroller bayi di sebuah taman yang tidak dinyatakan lokasinya.

Suasana santai tersebut memperlihatkan sisi kehidupan keluarga diraja yang sederhana dan penuh kasih sayang. Aktiviti riadah seperti berjalan di taman bersama anak kecil juga menjadi rutin biasa bagi kebanyakan ibu bapa, termasuk keluarga diraja.

Dalam satu lagi gambar, Putera Mateen dilihat mendukung anakandanya sambil berlatar belakangkan kawasan taman yang dipenuhi pohon hijau dan tenang.

Baca juga: Surat Ringkas Budak 10 Tahun Minta Pluto Jadi Planet Semula Terima Respons NASA, Comel & Bijak!

puteri sulung putera mateen

Instagram @tmski: Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah sewaktu baru dilahirkan bersama ayahanda dan ibundanya.

Info kelahiran Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah

Untuk rekod, puteri sulung pasangan ini dilaporkan dilahirkan pada 8 Februari 2026, kira-kira jam 8.50 pagi di sebuah pusat perubatan di Brunei.

Bayi perempuan tersebut menerima nama Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah, yang dikurniakan oleh datuknya iaitu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Kelahiran puteri sulung ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarga diraja serta rakyat Brunei, selain menerima pelbagai ucapan tahniah dan doa kesejahteraan daripada masyarakat.

Antara perkahwinan diraja yang mendapat perhatian luas 

Sebagai maklumat tambahan, Putera Mateen dan Anisha Rosnah Adam mendirikan rumah tangga pada Januari 2024 dalam satu majlis perkahwinan diraja yang mendapat perhatian besar di peringkat antarabangsa.

Perkahwinan pasangan ini menjadi tumpuan ramai kerana Putera Mateen merupakan antara kerabat diraja yang popular di media sosial, selain sering berkongsi aktiviti harian dan momen bersama keluarga.

Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.

Kini, dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, setiap perkembangan keluarga kecil ini terus menjadi perhatian dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Baca juga: “3 Hari Berturut Makan Kek”- Ibu Kongsi Tarikh Lahir Anak Dekat Dekat, Netizen Cakap Senang Nak Sambut!

Sumber: Instagram @tmski / AWANI

FT Image: Instagram @tmski (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×