Kadang-kadang bayi bukan meragam tanpa sebab, tetapi sebenarnya tidak selesa kerana sukar bernafas akibat hidung tersumbat. Penggunaan nasal spray untuk bayi dan teknik sedut hingus yang betul boleh membantu anak tidur dan menyusu dengan lebih tenang.
Hal ini kerana, mereka masih belum pandai membuang hingus sendiri seperti orang dewasa.
Baca juga: Rupanya Bukan 2… Ini Bilangan Botol Susu Bayi Yang Disyorkan Pakar WAJIB Ada Di Rumah
PENGGUNAAN NASAL SPRAY UNTUK BAYI & ANAK KECIL

Gambar hiasan: Gemini AI
Selain itu, ramai ibu ayah menganggap nasal spray boleh merawat selesema, sedangkan fungsinya lebih kepada membantu melegakan hidung tersumbat. Saline nasal spray atau saline drops digunakan untuk melonggarkan hingus supaya bayi lebih mudah bernafas.
Ia bukan ubat yang membunuh virus, tetapi rawatan sokongan terutama ketika anak susah tidur atau menyusu. Dalam masa yang sama, ibu ayah juga perlu berhati-hati kerana tidak semua produk semburan hidung sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Produk yang mengandungi decongestant atau antihistamine tidak boleh digunakan sesuka hati, terutama bagi bayi bawah usia dua tahun kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.
Baca juga: Anak Dapat Duit Raya Cecah Ribuan Ringgit? Ini 6 Cara Bijak Urus Simpanan Elak ‘Lesap’ Begitu Saja!
CARA GUNA NASAL SPRAY UNTUK BAYI & ANAK KECIL
Penggunaan yang betul sangat penting supaya rawatan lebih berkesan dan tidak menyakitkan anak. Berikut panduan yang dikongsikan:
1. Posisi anak dengan betul
Jika anak sudah boleh duduk, minta dia tunduk sedikit seperti sedang membaca buku. Posisi ini membantu semburan masuk dengan lebih baik ke dalam hidung.
2. Arahkan ke sisi hidung
Masukkan hujung nozzle secara perlahan dan halakan ke arah sisi luar hidung, bukan ke tengah. Cara ini lebih selamat dan mengurangkan ketidakselesaan.
3. Ikut dos yang disarankan
Biasanya 1 hingga 2 semburan atau titisan bagi setiap lubang hidung sudah mencukupi, bergantung kepada arahan produk.
4. Sedut hingus bayi dengan cara betul
Untuk bayi kecil, selepas guna saline spray, ibu ayah boleh gunakan suction bulb atau nasal aspirator. Picit dahulu alat suction bulb sebelum dimasukkan ke hidung, kemudian lepaskan perlahan untuk menyedut hingus.
5. Elakkan cara yang salah
Jangan minta anak menghidu terlalu kuat atau terus menghembus hidung selepas semburan. Ini kerana saline perlu berada seketika dalam hidung untuk melonggarkan hingus dengan efektif.
Baca juga: Ini 5 Tanda Anda Melahirkan Anak Genius, Rupanya Perangai ‘Pelik’ Itu Petanda Bijak Macam Pendeta!

WAKTU PALING SESUAI GUNA NASAL SPRAY
Waktu terbaik menggunakan nasal spray adalah sebelum menyusu dan sebelum tidur. Pada waktu ini, hidung tersumbat biasanya paling mengganggu bayi.
Namun begitu, elakkan penggunaan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada bahagian dalam hidung.
Bila ibu ayah perlu risau?
Walaupun hidung tersumbat biasa berlaku, ada keadaan yang memerlukan perhatian doktor segera:
- Anak susah bernafas
- Nafas laju atau berbunyi
- Tidak mahu menyusu atau minum
- Kurang kencing
- Demam
- Nampak semakin lemah
Untuk bayi berusia tiga bulan ke bawah, sebaiknya terus dapatkan nasihat doktor jika mula menunjukkan tanda sakit atau selesema kerana keadaan boleh menjadi serius dengan cepat.
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Gemini AI
