Euforia Bola 2026
Rakyat

Lebih Tegas! Pengguna Media Sosial Di Malaysia Perlu Buat Pengesahan Umur Guna Dokumen Rasmi Mulai 1 Jun

dokumen rasmi

Kerajaan bakal melaksanakan langkah lebih tegas terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak apabila pengguna platform media sosial perlu membuat pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi kerajaan bermula 1 Jun ini.

Baca juga: Walaupun Tak Boleh Solat & Puasa, Wanita Haid Tetap Boleh ‘Hidupkan’ Hari Arafah Dengan 7 Amalan Ikut Jadual INI

PENGESAHAN UMUR MEDIA SOSIAL GUNA DOKUMEN RASMI BERMULA 1 JUN

dokumen rasmi

Foto: Gemini AI

Langkah itu dilaksanakan susulan penguatkuasaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, antara dokumen yang boleh digunakan bagi tujuan pengesahan umur termasuk kad pengenalan, pasport dan dokumen rasmi lain yang dikeluarkan kerajaan.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan pengguna bawah umur tidak sewenang-wenangnya membuka akaun media sosial dengan hanya membuat pengisytiharan umur sendiri.

Sekarang kita telah meminta platform melaksanakan age verification (pengesahan umur). Pengguna perlu mengesahkan umur menggunakan dokumen dikeluarkan kerajaan seperti kad pengenalan, pasport atau dokumen rasmi lain.

Kalau sekadar self-declare, sesiapa sahaja boleh klik dan mengaku mereka berumur lebih 18 tahun,” katanya

Penggunaan Dokumen Rasmi Untuk Elak Akaun Media Sosial Bawah 16 Tahun

dokumen rasmi

Foto: Gemini AI

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan bahawa kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial bagi platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.

Antara platform yang terlibat termasuk TikTok, Facebook dan Instagram.

Menurut beliau, bagi akaun sedia ada yang masih belum membuat pengesahan umur, MCMC kini sedang berbincang dengan platform media sosial berkaitan tempoh masa munasabah sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Sesiapa yang tidak membuat pengesahan berkemungkinan akaun akan ditutup atau platform media sosial perlu menggunakan kecerdasan buatan untuk memastikan pengguna berumur 16 tahun ke atas,” katanya.

Dua Kod Baharu Diperkenalkan Di Bawah ONSA

Dua kod baharu yang diperkenalkan MCMC ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC).

Menurut beliau, kedua-dua kod tersebut diterbitkan selepas sesi libat urus bersama pertubuhan masyarakat sivil serta pihak berkepentingan yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Pelaksanaan kod berkenaan dilihat sebagai usaha kerajaan memperkukuhkan keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan perlindungan kanak-kanak daripada risiko jenayah siber dan kandungan berbahaya di media sosial.

Lebih 23,000 Kes Penipuan Dalam Talian Direkodkan Awal Tahun Ini

Dalam perkembangan sama, Teo turut mendedahkan bahawa sebanyak 23,367 kes penipuan dalam talian direkodkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini dengan jumlah kerugian mencecah RM680.3 juta.

Beliau berkata, sejak Kempen Internet Selamat dilancarkan pada Januari 2025 hingga 30 April lalu, lebih 11,000 program telah dijalankan di seluruh negara melibatkan lebih 1.8 juta peserta.

Program tersebut melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah, belia, ibu bapa, pendidik, warga emas serta komuniti setempat.

Baca juga: Nama Anak Eyka Farhana Cetus Tanda Tanya Netizen, Rupanya ‘Luay’ Nama Moyang Rasulullah SAW Ke-9

Sumber: Bernama

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×