Bergelar ibu bapa bukan satu perkara mudah dan pastinya pengawasan ketat sering dilakukan demi memastikan anak berada dalam keadaan selamat.
Sesetengah ibu ayah memilih untuk tidak memberi kepercayaan kepada ahli keluarga lain untuk menjaga anak kerana risau perkara tidak diingini berlaku. Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh Nadzri Sazali di laman Facebooknya.
Baca juga: Anak Lari Rumah Rupanya Punca No.4 Ini, Ibu Ayah Kena Jaga-Jaga!
PENGAWASAN ANAK PENTING, JANGAN SUKA-SUKA BAGI ORANG JAGA

Jelasnya, dia menganggap dirinya tergolong dalam kategori ‘kedekut anak’ kerana sangat jarang membenarkan si anak keluar bersama orang lain tanpa pengawasan darinya dan isteri.
Tambahnya lagi, dia juga tidak membenarkan anaknya keluar atau dibawa kemana-mana walaupun oleh ahli keluarga sendiri.
“Saya antara orang yang dalam kategori ‘kedekut anak’. Sangat jarang untuk anak-anak saya keluar rumah tanpa saya atau isteri disisi.
Hatta keluarga sendiri pun kalau nak ‘pinjam’ anak bawa ke mana-mana, tanpa segan silu saya akan katakan tak boleh. Hal ini kerana cara saya, kalau keluar sahaja rumah, anak-anak tak boleh terlepas dari pandangan saya atau isteri.”
Nadzri juga menjelaskan bahawa ini adalah cara ibu bapanya membesarkan mereka. Didikan ini juga akan digunakan untuk memastikan si anak membesar dengan cara sepatutnya.
“Itu cara saya dibesarkan, dan itu juga cara saya besarkan anak-anak. Pada saya selagi budak ini belum mumayyiz, mereka tidak sepatutnya dibiarkan tanpa pengawasan. Dalam masa sesaat sahaja, kejadian tidak diingini boleh berlaku.
Sedangkan kita yang belajar tinggi ini pun boleh kena scam, apatah lagi budak usia 4-5 tahun. Apalah sangat nak dipancing dengan tipu helah manusia.
Saya tak kisah kalau orang nak cakap terlalu protective. Anak ini paling-paling 10 tahun pertama sahaja dia nak kita selalu ada dengan dia.
Rasa kita figure yang paling cool dalam hidup dia. Masuk tahun ke 11, dia dah look-up to benda lain dah. Bila sampai usianya nanti, anak itu sendiri yang nak keluar tanpa pengawasan.”
Kes budak hilang pun asyik naik seminggu dua di Facebook, jadi ibu bapa di luar sana pastikan anak-anak berada di bawah pengasawan anda.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bukan Tugas Anak Sulung Untuk Jaga Adik, Ibu Ayah Hentikan Stigma Ini!
Sumber: Facebook Nadzri Sazali
