Euforia Bola 2026
Didik

[TERKINI] Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027– Ini Intipati Dasar Pendidikan Negara

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Bermula tahun hadapan, landskap pendidikan awal kanak-kanak negara bakal melalui perubahan penting apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan ke sistem persekolahan. Pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun.

Baca juga: Doa Untuk Anak Faham Ilmu Yang Rasulullah SAW Ajar, Baru Lebih Mudah ‘Masuk’ Ketika Di Sekolah

PENDIDIKAN PRASEKOLAH MULA USIA 5 TAHUN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan awal perubahan ini tidak bersifat wajib, sebaliknya memberi ruang kepada ibu bapa, sekolah serta warga pendidik untuk membuat persediaan secara menyeluruh sebelum dilaksanakan sepenuhnya di peringkat nasional.

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membina semula sistem pendidikan negara agar lebih kukuh, relevan dan selari dengan keperluan masa depan. Pelan ini merangkumi penambahbaikan kurikulum, kaedah pentaksiran serta kebajikan warga pendidik.

Antara perubahan utama yang diperkenalkan adalah:

1.Pelaksanaan pengukuran pembelajaran secara berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga.

2. Bagi murid Tahun Empat, pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026 melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

3. Pelajar Tingkatan Tiga akan mula dinilai secara berpusat pada tahun 2027 dengan tambahan mata pelajaran Sejarah selain empat subjek teras tersebut.

4. Kerajaan turut mengumumkan penyelarasan umur kemasukan ke Tahun Satu kepada enam tahun atau kategori 5+, yang dijadualkan bermula pada tahun 2027. Pelaksanaan ini bergantung kepada tahap kesiapsiagaan sistem pendidikan di seluruh negara.

5. Langkah ini bertujuan memperkukuh asas pembelajaran kanak-kanak serta memastikan mereka lebih bersedia dari segi perkembangan kognitif dan emosi sebelum memulakan pendidikan formal.

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Freepik

6. Dalam usaha meningkatkan kebajikan guru, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi kerja naik taraf bilik guru di sekolah terlibat. Setiap sekolah akan menerima peruntukan RM100,000 bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa, kondusif dan menyokong kesejahteraan warga pendidik.

7. Selain itu, kerajaan menetapkan bahawa semua anak warganegara Malaysia wajib mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berdasarkan kurikulum kebangsaan. Ketetapan ini terpakai kepada semua institusi pendidikan, termasuk Sekolah Agama Rakyat, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa, sebagai usaha memperkukuh identiti nasional dan kefahaman sejarah dalam kalangan generasi muda.

Secara keseluruhan, perubahan yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dengan penekanan kepada kualiti pembelajaran, kesiapsiagaan murid serta kebajikan guru sebagai tunjang utama pembinaan masa depan negara.

Baca juga: Tabiat Minum Susu Botol Sampai Tertidur Jadi Punca, Anak Kena Buang Semua Gigi Kerana Karies

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×