Pendedahan mengejut tentang penggunaan wine dalam masakan hotel mewah telah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warga maya, selepas hantaran oleh pengguna Facebook, Amin Sukor tular baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Amin memuat naik tangkap layar komen seorang chef wanita, Haslina Mohd Salleh, yang menceritakan sendiri pengalaman peribadinya semasa bekerja di hotel-hotel mewah yang menggunakan alkohol dalam penyediaan makanan.
Baca juga: Resepi Mocha Tiramisu Cheese Meleleh, Nampak Sedap Bila Hidang Serius Orang Ingat Kau Pro Baker!
CAMPURAN WINE DALAM MASAKAN HOTEL MEWAH

“Terima kasih yang sudi berkongsi. Kita perlukan lebih ramai chef yang berani dedahkan. Kita londehkan habis-sehabisnya,” tulis Amin dalam kapsyen tersebut.
Komen yang ditinggalkan oleh Chef Haslina telah menarik perhatian ramai kerana membongkar realiti yang jarang sekali dibincangkan secara terbuka.

Baca juga: Ingatkan Bersih Cuci Senduk Kayu Guna Sabun, Rupanya Masih Kotor, Ini Cara Betul Untuk Basuh
Lebih ramai berkongsi kisah serupa
Pendedahan Chef Haslina turut membuka ruang buat individu lain, khususnya bekas pekerja hotel, untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri yang hampir serupa.
Dida Aziz, seorang bekas pelatih industri, menulis:
“Yang ini memang betul, terutamanya untuk sos makanan Barat. Semasa saya jadi intern, saya sendiri lihat mereka tuang alkohol di depan mata.”
“Nak tegur Executive Chef pun tak berani, sebab kami hanya pelatih. Tapi kami akan maklumkan kepada pelanggan secara senyap ketika mereka membuat pesanan.
“Itu sebab saya tinggalkan dunia hotel. Takut bersubahat. Alhamdulillah, sekarang saya uruskan katering kecil sendiri.”
Abu Zayyan, pula berkongsi kisahnya:
“Dulu semasa saya bekerja di hotel sebagai pembantu dapur, kami — pekerja Melayu — berpakat untuk sorokkan botol-botol arak yang digunakan oleh chef.”
“Chef tak berani tanya sebab mereka tahu mereka bersalah. Restoran halal biasanya bersebelahan dengan yang tidak halal, dan mereka akan seludup arak masuk ke bahagian halal.”
“Kebanyakan chef guna wine untuk hasilkan aroma asap ketika dibakar atas kuali. Sekarang, saya sendiri tak berani kerja dapur hotel.”
Isu ini turut mendapat perhatian Dr. Zubaidi Hj Ahmad, seorang pengamal perubatan yang tampil membuat kenyataan di Facebook beliau.

Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging Beku, Guna 1 Bahan Rahsia Ini Tanpa Perlu Rendam Air Berjam-Jam!
Sumber: Amin Sukor / Dr Zubaidi Hj Ahmad
FT Image: AI
