Seorang ibu di aplikasi TikTok mendakwa anak lelakinya bernama Fateh terjatuh di rumah pengasuh sebanyak 2 kali sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak.
Jelasnya, empat jam sebelum menghantar Fateh ke rumah pengasuh, anak lelakinya berada dalam keadaan sihat. Namun, ketika mengambil untuk dibawa pulang, keadaan Fateh menjadi lemah.
Baca juga: Dapat ‘Free’ Apam Balik Kalau Berjaya Sambung Ayat Al-Quran, Usaha Ini Dipuji Warganet
ANAK ALAMI PENDARAHAN DALAM OTAK, IBU DAKWA BERPUNCA DI RUMAH PENGASUH?

“4 jam sebelum ibu hantar pergi rumah pengasuh. Ibu hantar sihat tapi bila ambil dah lemah longlai. Mula-mula pengasuh tak bagi tahu pun Fateh jatuh cuma cakap nangis lepas tu tertidur.
“Bila ibu tengok video ni, ibu rasa tak ok terus minta kejutkan Fateh. Lepastu baru cakap ada jatuh 2 kali dan tak sedar,” jelasnya.
Melihat keadaan anaknya yang berada dalam keadaan lemah longlai, dia membawa ke hospital dan mendapati bahawa berlaku pendarahan dalam otak serta tempurung kepala retak.
Pembedahan untuk membuang darah beku perlu dilakukan di hospital namun antara risiko yang bakal dihadapi oleh Adik Fateh adalah koma seumur hidup.
“Sampai hospital, doktor buat CT scan dan ada pendarahan pada otak serta retak pada tempurung kepala. Jadi, malam itu juga kena transfer ke HTA untuk buang darah beku.
“Ibu tunggu Fateh dekat bilik pembedahan dan doktor bagi tahu peluang memang tipis. Pembedahan ini untuk selamatkan nyawa sahaja sebab otak sebelah pun dah strok, membengkak. Jadi terpaksa buku tempurung kepala dan buang darah beku.
“Memang banyak risiko pembedahan antaranya adalah mungkin akan terlantar dan koma seumur hidup sebab otak kanan dah jadi rosak,” luahnya.
Setelah 48 jam ditidurkan, Fateh akhirnya bangun namun keadaan diri anaknya kelihatan lemah dan tidak seperti biasa. Hal ini telah dimaklumkan oleh doktor terlebih dahulu sebelum memulakan pembedahan.
“48 jam selepas ditidurkan, Fateh bangun. Sebelah badan dia memang tak bergerak. Keadaan mata dia pun tak berapa centre. Memang awal-awal sebelum pembedahan doktor dah bagi tahu semua risiko ini.
“Ibu tak kisah, asalkan anak ibu ada depan mata. Ibu abah tetap jaga Fateh. Alhamdulillah atas doa orang ramai, kawan-kawan, tangan dan kaki Fateh dah boleh bergerak sikit,” ujarnya.
Baca juga: “Sebak Pula Tengok”- Adik Darjah 2 Penat Berpuasa Sampai Terbaring Tunggu Ayah Raih Pujian!
Sumber: TikTok Aisha
