Euforia Bola 2026
Percutian

Pendaki Malaysia Maut Akibat Terlepas Tali Keselamatan Di Gunung Rinjani

GUNUNG RINJANI

Media melaporkan pendaki warga Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, yang dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat ditemui meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Ahad, menurut pihak taman negara.

Baca juga: Anak Dituduh Rosakkan Perabot Dalam Kelas, Ibu Jalan Kaki Sambil Bawa Meja & Kerusi Untuk Ganti

PENDAKI WARGA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA, TERJATUH DI GUNUNG RINJANI

GUNUNG RINJANI

Menurut laporan Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), pasukan SAR berjaya membawa keluar jenazah pendaki, yang dikenali dengan inisial, RAG dari bawah jurang sekitar 80 meter pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

“Jenazah dibawa pasukan SAR sedang dalam perjalanan menuju ke pintu masuk pendakian Torean dan akan dibawa ke Hospital Polis (Bhayangkara) di Mataram untuk pengurusan jenazah,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat daripada jurupandu dan rakan mangsa, insiden berkenaan bermula sekitar jam 11 pagi pada Sabtu apabila kumpulan pendaki berhenti untuk mengambil air minum di sumber mata air Banyu Urip. Difahamkan, RAG meneruskan perjalanannya dan tidak berhenti untuk berehat.

“Menurut kenyataan itu, ketua kumpulan cuba mengikuti mangsa di laluan yang dilengkapi tali susur tangan keselamatan bagi membantunya melintas, namun mangsa enggan menerima bantuan.

“Mangsa kemudiannya tidak dapat memegang tali susur tangan keselamatan di laluan itu dan pijakan kakinya meleset, menyebabkan mangsa hilang keseimbangan dan jatuh ke arah kanan di laluan pendakian,” ujarnya.

Pada 1 Mei lalu, RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun bersama kumpulan seramai 23 orang. Pihak taman negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa.

Mereka berharap agar kejadian ini menjadi peringatan bersama bahawa setiap langkah di alam memerlukan kerjasama, berhati-hati, dan harus mematuhi prosedur keselamatan.

“Alam sememangnya indah, tetapi juga tidak dapat diramal. Marilah kita menjaga diri, menjaga sesama kita,” nasihatnya.

Baca juga: Budak 5 Tahun Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah, “Kecuaian Orang Saya Hilang Anak”- Bapa

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×