Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kehilangan nyawa seorang pendaki gunung Mustaqqeem Mansoor, akibat Hipotermia atau kesejukan melampau selepas ditinggalkan. Jadi, ramai yang terkesan dengan kes sebegini dan terus bersedia dengan pelbagai kelengkapan mendaki seperti emergency blanket.
Walaupun dianggap cuma kain nipis yang tak penting dalam beg hiking, tapi sebenarnya, helaian kecil ini boleh jadi penyelamat nyawa bila berdepan situasi kecemasan di gunung atau hutan!
JENIS EMERGENCY BLANKET YANG BOLEH ‘SELAMATKAN’ NYAWA PENDAKI GUNUNG
Emergency blanket (atau dikenali juga sebagai thermal blanket, space blanket, atau survival blanket) ialah kain nipis berkilat yang direka untuk memantulkan haba badan semula kepada pengguna.
Ia biasanya diperbuat daripada bahan seperti Mylar (metalized polyester), sama seperti bahan yang digunakan NASA untuk melindungi kapal angkasa daripada suhu ekstrem. Walaupun nipis dan ringan, keberkesanannya untuk mengekalkan haba sangat luar biasa.
Jenis-Jenis Anda Perlu Tahu
1. Mylar Blanket (Standard Foil Blanket)

- Jenis paling biasa.
- Ringan, murah, dan mudah dilipat.
- Mempunyai dua sisi – perak untuk pantulan haba, dan kadangkala emas untuk penglihatan lebih jelas dalam cuaca berkabus atau bersalji.
- Sesuai untuk: Hiking ringan, marathon, first aid kit.
2. Thermal Sleeping Bag / Bivvy Bag

- Versi lebih besar daripada selimut biasa, berbentuk beg tidur.
- Memberi perlindungan menyeluruh daripada angin dan hujan.
- Sesuai untuk: Pendaki gunung, aktiviti bermalam di kawasan sejuk.
3. Heavy-Duty Emergency Blanket

- Lebih tebal dan tahan lasak.
- Boleh digunakan semula, tidak mudah koyak.
- Sesuai untuk: Pendaki profesional, penyelamat, atau aktiviti ekspedisi.
4. Reflective Tarp Blanket

- Mempunyai lapisan luar kalis air seperti tarp.
- Boleh dijadikan peneduh, pelindung hujan, atau pelindung tanah.
- Sesuai untuk: Survival shelter atau hiking jangka panjang.
Fungsi Emergency Blanket Yang Ramai Tak Tahu
1. Menjaga Suhu Badan (Haba)
Fungsi utama blanket ini ialah memantulkan sehingga 90% haba badan semula kepada tubuh, mengelakkan hypothermia bila cuaca sejuk atau basah.
2. Pelindung Dari Angin dan Hujan
Boleh digunakan sebagai pelindung kecemasan jika hujan turun tiba-tiba atau angin kuat melanda puncak gunung.
3. Isyarat Kecemasan (Signal Reflector)
Warna metaliknya mudah memantulkan cahaya matahari – boleh digunakan untuk menarik perhatian pasukan penyelamat dari jauh.
4. Ground Sheet atau Shelter
Boleh dijadikan alas tempat duduk, pelapik khemah, atau penutup atas kepala bila tiada tempat berteduh.
5. Balut Mangsa Cedera
Dalam situasi kemalangan atau hilang suhu badan, blanket ini membantu menstabilkan suhu tubuh sebelum bantuan tiba.
Cara Guna Dengan Betul
- Balut rapat tubuh dari kepala hingga kaki untuk kurangkan kehilangan haba.
- Pastikan lapisan perak menghadap ke dalam supaya haba badan dipantulkan semula.
- Jika cuaca panas, boleh terbalikkan lapisan perak ke luar untuk menolak haba matahari.
- Jangan lipat semula dalam keadaan basah — keringkan dulu supaya tahan lama.
Jadi, jangan pandang ringan benda kecil ini. Emergency blanket cuma seberat beberapa gram, tapi nilainya boleh setanding nyawa bila keadaan jadi genting. Setiap pendaki, sama ada baru nak mula atau dah otai..wajib ada satu dalam beg!
Sumber: Abdul Halim Romli
