Euforia Bola 2026
Didik

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka 1 Mac 2025, Daftar Cepat Supaya Anak Tak Tercicir!

pendaftaran murid tahun 1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 akan dibuka.

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak layak memasuki Tahun 1 perlu mengambil perhatian tentang tarikh penting pendaftaran sehingga tutup, iaitu mulai 1 Mac hingga 30 April 2025 supaya anak-anak tidak tercicir!

Baca juga: Rupanya Lebih 120,000 Murid Tahun 1 Dikesan TAK BOLEH Membaca, Menulis & Mengira

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2026 DIBUKA 1 MAC

pendaftaran murid tahun 1

Foto @kempendidikan

Proses pendaftaran ini akan dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

Sistem ini direka untuk memudahkan proses pendaftaran tanpa perlu hadir secara fizikal ke sekolah, membolehkan ibu bapa mengisi maklumat yang diperlukan dengan mudah dari rumah atau mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2026 / 2027

-Kanak-kanak warganegara Malaysia
-Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 – 1 Januari 2020

Dokumen diperlukan semasa buat permohonan adalah:

-Salinan kad pengenalan ibu bapa dan anak
-Surat beranak anak
-Bil utiliti atau dokumen pengesahan alamat tempat tinggal

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 / 2027

pendaftaran murid tahun 1

Foto: Harian Metro

1. Layari Portal Rasmi MOEIS: Kunjungi portal rasmi di pautan: https://idme.moe.gov.my

2. Daftar Sebagai Pengguna Baru (Pengguna Pertama Kali): Klik pada “Daftar Baru”. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.

3. Log Masuk ke Sistem: Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke sistem menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.

4. Maklumat Peribadi: Klik pada tab ‘Aplikasi’ dan pilih ‘Modul Pengurusan Awam’. Isi semua maklumat peribadi, maklumat pasangan, dan maklumat anak jagaan.

5. Permohonan Kemasukan: Setelah semua maklumat diisi, pergi ke tab ‘Maklumat Anak Jagaan’ untuk mengisi maklumat setiap anak. Seterusnya, pilih ‘Permohonan Kemasukan’ dan ikuti arahan untuk memilih sekolah yang sesuai berdasarkan alamat yang didaftarkan.

6. Muat Naik Dokumen: Muat naik dokumen yang diperlukan mengikuti format dan saiz yang ditetapkan. Tandakan kotak ‘Saya mengaku..’ dan klik ‘Hantar’.

7. Cetak dan Hantar Borang: Setelah menghantar permohonan, cetak borang permohonan dan borang sokongan yang diperlukan. Hantar borang tersebut ke sekolah yang dipilih.

Ibu bapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) idMe serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka

Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon) :

-Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)

-Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)

-Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)

-(Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1

-Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)

-Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

-Cetakan borang permohonan online

*Selamat berjaya!

Baca juga: Murid Tahun 1 Akan Diperkenalkan Dengan Elemen TVET Tahun 2027, Bagus Tapi Perlu Ke?

Sumber: Foto Harian Metro, Instagram @kempendidikan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×