Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Nampak Kami Cari Tapi Tak Boleh Buka Mulut”- Pelajar UiTM Ghaib 5 Jam, Ditemui Semasa Azan Dilaungkan

alam ghaib

Gangguan makhluk halus bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Tanpa mengira masa, tempat mahupun siapa mangsanya, kejadian menyeramkan seperti ‘disorok’ ke alam ghaib boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Itulah pengalaman menggetarkan jiwa yang dikatakan menimpa seorang pelajar UiTM Merbok baru-baru ini yang tular di laman Tiktok.

Baca juga: Kena Tegur Dengan ‘Cik Ponti’ Bawa Pulang Uri Bayi Jam 3 Pagi, Peneman Bayi Ini Ada Sisi Seram!

‘DISOROK’ KE ALAM GHAIB SELAMA 5 JAM, NAMPAK RAKAN MENCARI TAPI TAK BOLEH BERSUARA

alam ghaib

“Disuruh beli air, tapi tiba-tiba hilang tanpa jejak..”

Menurut perkongsian yang tular di TikTok, pelajar lelaki berkenaan dilaporkan hilang secara misteri selepas kali terakhir dilihat berada di tingkat paling atas kolej kediaman (Kolej Malinja). Rakannya memberitahu, sebelum hilang, dia sempat dilihat berjalan berulang-alik di sekitar kawasan tandas selama hampir 15 minit seolah-olah sedang mencari sesuatu sebelum akhirnya lesap begitu sahaja.

“Kami cari setiap aras, setiap bilik… tapi dia tak ada..” tulis rakannya.

Cemas dengan kehilangannya, rakan-rakan segera melakukan pencarian di seluruh blok asrama iaitu dari aras ke aras, bilik ke bilik, sambil memanggil namanya berulang kali. Namun usaha mereka menemui jalan buntu. Selama lebih lima jam, tiada sebarang petunjuk tentang keberadaan pelajar itu.

LEPAS AZAN MENJELANG MAGHRIB BARU ‘DILEPASKAN’

alam ghaib

Hanya apabila seorang pelajar melaungkan azan menjelang waktu Maghrib, barulah Farid (pelajar yang hilang) tiba-tiba muncul semula dalam keadaan terpinga-pinga, seolah-olah baru ‘dilepaskan’ dari sesuatu tempat yang asing.

“Saya nampak mereka cari… tapi tak boleh buka mulut” katanya.

Berkongsi pengalaman menakutkan itu, Farid berkata sepanjang tempoh kehilangan tersebut, dia sebenarnya melihat rakan-rakan berlegar di sekitarnya sambil memanggil namanya namun tubuhnya terasa kaku dan lidahnya kelu, seolah-olah mulutnya ‘dikunci’ oleh sesuatu yang tidak dapat dijelaskan.

Kisah ini bukan sahaja menimbulkan tanda tanya, malah mengingatkan kita bahawa dunia ghaib itu wujud dan kadangkala boleh ‘menyentuh’ kehidupan manusia tanpa disedari.

Walau apa pun punca sebenar kejadian itu, ramai warganet menganggap ia sebagai satu peringatan agar sentiasa menjaga adab dan mengamalkan doa pelindung diri, terutamanya ketika berada di tempat sunyi atau selepas senja.

@harrysuper Kejadian hilang 5 jam tanpa jejak. Dia cakap dia nampak kami cari… tapi tak boleh buka mulut, sebab ada yang ‘lindung’ dia.” Lepas azan baru jumpa. Meremang weh 😭😭. #OrangHilang #SeramMalam #FYP #fypmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – HARRY

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

Sumber: Tiktok @harrysuper

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×