Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Lelaki Kongsi Pokok Tukas Boleh Jadi ‘Penyelamat’ Ketika Sesat Dalam Hutan, Umbutnya Boleh Terus Makan!

sumber makanan

Ketika berdepan situasi cemas seperti tersesat di dalam hutan, mencari sumber makanan yang selamat boleh menjadi salah satu faktor penting untuk membantu seseorang terus bertahan sementara menunggu bantuan atau mencari jalan keluar.

Baca juga: Sahut ‘Trend’ Saranan Kerajaan, Ini Teknik Mudah Tanam Sayur Kangkung & Hasil Lebat Dalam 3 Minggu!

POKOK TUKAS SUMBER MAKANAN DALAM HUTAN KETIKA KECEMASAN

sumber makanan

Pokok tukas rendah yang masih muda dan kecil (kiri) dan pokok tukas membesar tinggi (kanan).

Baru-baru ini, seorang vlogger kembara dikenali sebagai Muh Rizal Saswara berkongsi mengenai sejenis tumbuhan hutan yang dikatakan boleh dimakan dalam keadaan kecemasan iaitu pokok tukas.

Menurut Rizal, tumbuhan tersebut turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti ibul, beredin, dudok dan pinang tukas, manakala nama saintifiknya ialah Caryota mitis.

“Daunnya yang unik berbentuk seperti ekor ikan menyebabkan ia turut digelar fishtail palm,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Baca juga: Jangan Buang! Ini 10 Tumbuhan Liar Disangka Rumpai Tapi Sebenarnya ‘Stok Ubat’ Hidup Kita

Mudah ditemui di kawasan hutan tertentu

Menurut perkongsiannya, pokok tukas kebiasaannya boleh dijumpai di kawasan hutan tanah rendah sehingga sekitar 1,200 meter dari aras laut.

Namun begitu, tumbuhan ini dikatakan semakin sukar ditemui di kawasan altitud tinggi kerana kurang sesuai hidup dalam cuaca yang lebih sejuk.

“Kalau masih kecil, bentuknya rendah. Tapi bila dah besar, ia boleh jadi tinggi seperti pokok palma biasa,” jelasnya.

Rizal turut menerangkan bahawa pokok ini mempunyai rupa yang agak berbeza dengan daun menyerupai bentuk ekor ikan, sekali gus menjadikannya mudah dikenali bagi mereka yang biasa dengan tumbuhan hutan.

Bukan semua bahagian boleh dimakan

sumber makanan

Dalam pada itu, Rizal menegaskan bahawa tidak semua bahagian pokok tukas sesuai dimakan.

Sebaliknya, bahagian yang boleh dijadikan makanan ialah umbut atau teras lembut yang berada di tengah dalam batang pokok tersebut.

“Caranya ialah dengan memotong bahagian pucuk dan mengambil teras lembut di tengah-tengah batang.

“Umbut dia kita boleh makan terus,” katanya sambil menunjukkan cara mengambil bahagian berkenaan.

Baca juga: Seakan Ulam Raja, Rupanya Rumpai Berbahaya! Terus ‘Report’ Jabatan Pertanian Kalau Ternampak

Menurut Rizal lagi, umbut pokok tukas mempunyai rasa tersendiri iaitu sedikit manis, berair serta tekstur yang agak lemak.

Selain boleh dijadikan alas perut ketika kecemasan, bahagian itu juga dikatakan mengandungi beberapa nutrisi seperti karbohidrat, serat, sedikit protein dan mineral termasuk kalium, kalsium serta fosforus.

Bagaimanapun, dia mengingatkan bahawa tumbuhan ini lebih sesuai dijadikan pilihan ketika situasi survival dan bukannya makanan harian.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mengambil sebarang tumbuhan liar di hutan dan memastikan ia benar-benar selamat untuk dimakan bagi mengelakkan risiko keracunan atau kesan sampingan lain.

@muh.rizal_saswara Pokok tukas ialah sejenis palma hutan yang juga dikenali sebagai ibul, beredin, dudok, atau pinang tukas. Nama saintifiknya ialah Caryota mitis. Daunnya berbentuk seperti ekor ikan, sebab itu ia juga dipanggil “fishtail palm”. #survival #hiking #camping #jungle ♬ Chilling at Sunrise – The Machinist Beats

Sumber: TikTok @muh.rizal_saswara

FT Image: TikTok @muh.rizal_saswara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×