Euforia Bola 2026
Famili

Tumor Otak Ragut Ceria Hidup Mia Orked Usia 17, Kini Hanya Mampu Gerakkan Anak Mata!

tumor otak

Tumor otak yang menyerang sejak Oktober tahun lalu meragut keceriaan hidup seorang remaja aktif dan pintar, Mia Orked Lestary Mohd Yusaidil Fitra, 17, yang kini terlantar koma dan hanya mampu memberi reaksi melalui pergerakan anak mata.

Baca juga: Pelakon Ika Nabila Sokong Suami Beri ‘Upah’ Menyusu Pada Isteri, “Ini Tugas Sepenuh Masa Bukan Kerja Waktu Pejabat”

MIA ORKED PERLUKAN BANTUAN UNTUK TUMOR OTAK

tumor otak

Gambar Zuliaty Zulkiffli: Suhaily menjaga anak sulungnya, Mia Orked Lestary yang terlantar sakit akibat tumor otak.

“Sudah puas saya menangis melihat keadaan Mia Orked yang koma akibat ‘neurofibromatosis dan hydroceplus’ atau tumor otak yang dihidapi sejak Oktober tahun lalu.

“Sebelum ini dia sihat dan ceria tetapi sekarang dia terlantar sakit,” kata Suhaily Karno, 42.

Suhaily berkata, anak sulung dari empat beradik itu dikesan menghidap tumor selepas mengalami masalah pendengaran dan berjalan tidak stabil serta kerap menggigil.

Katanya, dia kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tualang pada 17 Oktober tahun lalu.

“Doktor mengesyaki Mia Orked menghidap angin ahmar dan meminta saya rujuk kes anak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas mengambil sampel dan menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), anak saya disahkan menghidap tumor otak di kiri dan kanan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya di Kampung Banggol Chengal, Mukim Telaga Mas, semalam.

Baca juga: Anak Orang Miskin Tak Cukup Zat Sebab Itu Bantut Tak Macam Keluarga Kaya, Ramai ‘Panas Hati’ Dengan Teori Wanita Ini

Mia Orked terpaksa berhenti sekolah yang merupakan tahun dia mengambil SPM

Suhaily berkata, keadaan anaknya semakin merosot dan sudah menjalani lapan pembedahan mulai 21 Oktober hingga 14 Mei lalu.

Katanya, enam daripada pembedahan itu masukkan tiub untuk membuang air lebihan dalam kepala manakala dua lagi pembedahan di tulang belakang serta membuang nanah di perut.

“Mia Orked sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tetapi dia terpaksa berhenti sekolah penyakit itu.

“Dia tidak dapat bergerak dan jika dia sakit, barulah dia gerakkan kaki atau jarinya.

“Kalau panggil namanya, hanya anak matanya saja bergerak, malah matanya juga sentiasa terbuka menyebabkan saya terpaksa meletakkan pita pelekat supaya dia dapat tidur,” katanya.

Seorang pelajar pintar dan aktif sukan

Suhaily berkata, anaknya sebelum ini seorang pelajar yang pintar dan pernah aktif dalam sukan bola jaring di sekolah serta aktif mendaki gunung.

Katanya, dia yang tidak berkerja menguruskan sepenuhnya Mia Orked di rumah manakala suaminya, Mohd Yusaidil Fitra Mat Isa, 43, pula hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

Mia Orked perlu bertemu dengan pakar di HSB setiap lima atau enam kali seminggu menggunakan khidmat ambulans.

Menurutnya, tiga anaknya yang lain masing-masing berusia enam hingga 14 tahun masih bersekolah.

Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

INFO SUMBANGAN

Katanya, Mia Orked pula bergantung sepenuhnya dengan susu formula khas dan satu tin kecil berharga RM50 habis dalam masa sehari sahaja.

Suhaily berkata, Mia Orked dijangka akan menjalani pembedahan membuang tumor sebelah kanan otak pada 17 Ogos depan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui:

  • Maybank 152023638679 (atas nama Suhaily Karno)

Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Zuliaty Zulkiffli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×