Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar MRSM Pekan Enggan Kembali Ke Asrama, Dilaporkan Hilang!

pelajar MRSM

Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pekan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama. Pelajar MRSM tersebut dikenali sebagai Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13 tahun.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya kira-kira 4 petang semalam selepas mendapati remaja itu tidak berada di dalam bilik tidur.

Baca juga: 84,025 Calon SPM 2024 Gagal Matematik, Ibu Bapa Panik “Soalan Asas Pun Anak Terkial-Kial Kira…”

PELAJAR MRSM HILANG

pelajar MRSM

Gambar Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 41 tahun memaklumkan Anas Baihaqi masih berada di rumah sekitar pukul 3.30 petang.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau semakan awal mendapati remaja berkenaan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumah.

Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!

pelajar MRSM

Siaran Media dari Facebook Polis Kuantan.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

“Dia juga didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya, yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan. Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200,” katanya.

Wan Zahari berkata, ini merupakan kali pertama remaja berkenaan dilaporkan hilang dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan serta usaha mengesannya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Baca juga: Kes Jangkitan HIV Penuntut Universiti & Lepasan Sekolah Makin Meningkat, Bawah 13 Tahun Pun Ada!

Sumber: BERNAMA

FT Image: Facebook Polis Kuantan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×