Perkembangan terkini kes buli MRSM Johor menyaksikan empat pelajar dikenakan tindakan disingkirkan, manakala dua lagi digantung sekolah sementara pihak polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM mengadakan mesyuarat pada pagi tadi bagi meneliti kes berkenaan.
Baca juga: Lelaki Sedar Dari Koma Lukis 7 Lapisan Langit, Netizen Persoal Misteri Alam Ghaib Bikin Meremang!
KES BULI MRSM JOHOR, 4 PELAJAR DISINGIKIR & 2 ORANG DIGANTUNG

Sekadar gambar hiasan
Beliau memaklumkan, baki dua lagi pelajar dikenakan tindakan penggantungan sementara sehingga siasatan polis selesai dijalankan bagi menentukan tahap penglibatan mereka dalam insiden tersebut.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo.
“Dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka juga turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli tersebut,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar junior yang didakwa membawa barang terlarang turut sedang disiasat. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pelajar junior tidak boleh dijadikan alasan untuk pelajar lain mengambil tindakan sendiri atau melakukan perbuatan buli.
Terdahulu, Datuk Dr Asyraf Wajdi telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA bersama pihak pengurusan MRSM terbabit mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat dakwaan membabitkan enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
Kes itu mula mendapat perhatian selepas seorang ibu berkongsi luahan di platform Threads mengenai anaknya yang didakwa menjadi mangsa buli sehingga meminta untuk berpindah keluar dari MRSM tersebut kerana tidak lagi mampu menanggung tekanan yang dialami.
Susulan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa, enam pelajar Tingkatan Lima berkenaan telah direman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bakri bagi membantu siasatan.
Baca juga: Hanya Terlewat 2 Minit, Bapa Hantuk Kepala Di Pagar! Rayu Anak Duduki Peperiksaan NEET
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
