Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Lari Selamatkan Diri, Tular Video Individu Masuk Sekolah Bawa Senjata Tajam!

KES TIKAM PELAJAR

Seorang pelajar ditikam dan dilaporkan cedera dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, hari ini. Insiden itu turut menggemparkan warga sekolah apabila beberapa rakaman video yang memaparkan situasi cemas mula tular di media sosial.

Baca juga: Sultan Kedah Tegas Mahu Langkawi Kekal Dengan Identiti Sendiri, Jangan Samakan Dengan Phuket & Bali

PELAJAR DITIKAM DI SEKOLAH, ALAMI KECEDERAAN

PELAJAR DITIKAM

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut beliau, pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

“Ya, saya sahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang remaja perempuan berpakaian serba hitam berjalan di dalam kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

PELAJAR DITIKAM

Rakaman itu turut memaparkan suasana panik apabila sekumpulan pelajar dilihat berlari meninggalkan kawasan berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kesahihan keseluruhan rakaman yang tular itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dakwaan motif masih belum disahkan

Pada masa sama, media sosial turut dipenuhi pelbagai dakwaan mengenai identiti serta motif suspek, termasuk dakwaan bahawa individu terbabit merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan yang ingin membalas dendam.

Namun begitu, sehingga kini polis belum mengesahkan sebarang maklumat berkaitan identiti suspek mahupun punca kejadian.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai dijalankan. Pihak polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Baca juga: Ibu-Ibu Kongsi Tips Basuh Baju Sekolah Anak, Kotoran Degil & Bau Hapak Hilang Sekelip Mata!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×