Euforia Bola 2026
Nur

Viral Video Wanita Solat Tarawih Sambil Pegang Telefon, Mufti Jelaskan Hukumnya. “Boleh Tapi …”

PEGANG TELEFON KETIKA SOLAT

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai tindakan jemaah di masjid yang pegang telefon ketika solat tarawih. Perlakuan itu pastinya membimbangkan kerana risau jemaah melihat perkara tidak sepatutnya selain ayat al-Quran.

Tindakan pegang telefon ketika solat itu turut mendapat perhatian Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman menjelaskan bahawa membaca daripada mushaf termasuk melalui telefon adalah dibolehkan.

Baca juga: Lelaki & Perempuan, Jangan Sembarangan Cukur Bulu Di Badan, Tak Semuanya Boleh Dibuang!

PEGANG TELEFON KETIKA SOLAT, INI PANDANGAN MUFTI

PEGANG TELEFON KETIKA SOLAT

Tambahnya lagi, perbuatan tersebut dibenarkan bagi mereka yang masih belum menghafal surah jika melalui mushaf asalkan tidak mengganggu kekhusyukkan.

Namun, perlu diingatkan bahawa agar memegang telefon dengan satu tangan sahaja atau meletakkannya di tempat yang mudah untuk dibaca.

“Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk,” jelasnya.

Beliau turut mengulas isu seorang wanita membuat siaran langsung ketika menunaikan solat tarawih pada hari pertama Ramadan.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.

Perbuatan melakukan siaran langsung di media sosial ketika melaksanakan solat kerana boleh mengganggu tumpuan ibadah hingga menyebabkan ia terbatal.

“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.

“Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal.

“Ini termasuklah tangan digunakan untuk memegang, melihat komen dan berinteraksi dengan penonton siaran langsung, ia juga akan membatalkan solat,” jelasnya.

Baca juga: Baca Doa Ini Selepas Bersahur Sebanyak 7x, InsyaAllah Tak Rasa Dahaga Hingga Waktu Berbuka

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×