Euforia Bola 2026
Suami Isteri

[VIDEO] Pengantin Lelaki Didukung Isteri Dambaan Hati, “Kalau Besar Pun Okey, Seronok Nak Peluk”

pasangan pengantin

Baru-baru ini, gelagat comel pasangan pengantin pada hari bahagia mereka menjadi tular dan mendapat perhatian ramai berikutan gelagat comel yang dipamerkan di hadapan para tetamu.

Video tersebut memperlihatkan Nur Suriati Abu Bakar, 27, mengangkat Muhammad Syamir Sukarno, 21, ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka.

Baca juga: Biodata Mirzan Meer Pewaris Habib Jewels, Berjaya ‘Tambat’ Hati Bintang Terkenal Indonesia

PASANGAN PENGANTIN BERAKSI COMEL TARIK PERHATIAN!

pasangan pengantin

Tangkap layar video tular Nur Suriati Abu Bakar mendukung suaminya, Muhammad Syamir Sukarno.

Syamir sudah tertarik dengan isteri yang mempunyai ciri wanita diidamkannya

“Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel.” Begitu kata Muhammad Syamir ketika menceritakan kisahnya yang tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati sebagai suri hatinya.

Menyingkap kisah itu, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.

Ditakdirkan, Muhammad Syamir dan Nur Suriati serasi bersama dan berkat restu keluarga, mereka sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu.

“Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awal lagi dia sudah buat saya jatuh cinta.

“Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Syamir yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, sejak awal dia sudah menerima segala kelebihan mahupun kekurangan isterinya.

Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan.

“Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,” katanya.

Baca juga: Encik Suami Jangan Berani Sembunyi Apa-Apa Tau, Isteri Ni Ada ‘Gerak Batin’ Cepat Boleh Hidu!

Suriati pernah menganggap suaminya hanya bermulut manis untuk memikat 

Sementara itu, Nur Suriati berkata, suaminya pernah memberitahu pada awal perkenalan mereka bahawa dia menyukai wanita bertubuh besar sepertinya.

Bagaimanapun, ketika itu Nur Suriati tidak mudah cair kerana menganggap ia hanya kata-kata manis daripada Muhammad Syamir untuk memikat wanita.

“Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga tanya adakah dia nak saya kuruskan badan.

“Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas. Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun,” katanya yang juga anak bongsu daripada lima beradik.

Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!

Pernah cakap dengan emak tak nak kahwin kerana sedar diri

Menurut Nur Suriati, penerimaan baik Muhammad Syamir membuatkan dia berasa perkahwinannya ibarat satu mimpi.

“Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu.

“Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~

Sumber: Harian Metro / Si Solihin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×