Euforia Bola 2026
Famili

Contoh Panggilan Manja Untuk Suami Menurut Islam, Confirm ‘Cair’ & Lebih Disayangi

PANGGILAN UNTUK SUAMI

‘Sayang’ merupakan antara panggilan untuk suami yang biasa digunakan oleh rata-rata isteri di luar sana. Selain itu, terdapat juga beberapa cadangan lain dan sudah tentunya dianjurkan dalam Islam untuk memanggil sedemikian.

Panggilan untuk suami bukan sahaja untuk menyemai rasa sayang tetapi ia juga penting agar suami rasa dihargai dan dihormati oleh isteri.

Baca juga: Ubat Kuat Lelaki Jenis Sapu Boleh Jadi Punca Mati Pucuk, Hati-Hati Bila Guna!

PANGGILAN UNTUK SUAMI MENURUT ISLAM, BARU LEBIH MANJA

PANGGILAN UNTUK SUAMI

Antara panggilan untuk suami menurut pandangan Islam adalah seperti di bawah:

1. Hubby

Hubby adalah panggilan untuk suami dalam bahasa Arab. Perkataan asal Hubby adalah kata hubun yang membawa makna cinta. Jadi, jika ingin lebih romantik dan manja bersama suami, boleh panggil Hubby.

2. Eini

Panggilan untuk suami yang selanjutnya adalah Eini membawa maksud mataku atau penglihatanku. Dalam kalangan orang Arab, bahagian tubuh terutamanya mata sangat dihargai oleh pasangan kerana menampakkan kecantikan.

Jadi, panggil suami anda dengan panggilan Eini membawa makna anda menghargainya.

3. Ya Qalbi

Panggilan untuk suami boleh isteri guna adalah Ya Qalbi yang bermaksud hatiku. Memanggil suami dengan panggilan ini sudah pastinya lebih romantik dan pasti makin disayangi.

4. Habib

Jika inginkan kelainan, si isteri juga boleh memanggil suami dengan panggilan Habib iaitu bermaksud cinta dan sayang.

5. Abi

Panggilan untuk suami yang biasa digunakan adalah Abi bermaksud ayah. Anak-anak boleh memanggil abi dan umi sebagai menggantikan panggilan ibu ayah.

Abi membawa maksud indah di mana ia menggambarkan ketampanan seorang suami jika isteri memanggil dengan nama sedemikian.

6. Habibie

Panggilan untuk suami yang terakhir adalah habibie atau habibi. Dalam bahasa Arab, ia bermaksud kesayangan. Jadi, memanggil suami dengan nama itu, dapat menunjukkan sayang dan kasih anda terhadap mereka.

Kesimpulannya, beberapa panggilan untuk suami seperti di atas boleh digunakan oleh para isteri di luar sana untuk meluahkan rasa cinta.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Isteri, Jangan Minta Dikurniakan Sabar Tetapi Ini Doa Yang Sesuai & Lebih Spesifik

Sumber: Kumparan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×