Sistem pendidikan di Al-Azhar Mesir terkenal kerana pendekatannya yang menyeluruh, merangkumi akademik dan agama dari peringkat tadika sehingga universiti. Ramai ibu bapa tertarik untuk menghantar anak menimba ilmu di sini kerana ia bukan sahaja mendidik dari segi ilmu agama, malah menyediakan asas akademik yang kukuh.
Melalui perkongsian saudara Alif Mahari, Al-Azhar bukan sekadar universiti, sebaliknya mempunyai rangkaian pendidikan lengkap yang disusun mengikut umur dan tahap perkembangan pelajar.
PANDUAN MUDAH SISTEM PENDIDIKAN DI AL-AZHAR MESIR DARI TADIKA HINGGA TAHAP UNIVERSITI

Gambar: Alif Mahari
Dari tadika sehinggalah ke peringkat universiti, setiap tahap direka untuk membina disiplin, kemahiran berfikir, serta kefahaman agama dan bahasa Arab secara seimbang.
Berikut panduan mudah mengikut umur:
1. Pra Sekolah / Tadika Al-Azhar (Umur 4–5 Tahun)
Di peringkat ini, fokus utama adalah:
- Belajar huruf Arab
- Asas bacaan Quran
- Adab & disiplin
Tujuannya adalah membiasakan jiwa anak dengan agama dan bahasa Arab sejak kecil.
2. Sekolah Rendah Al-Azhar (Umur 6–11 Tahun)
Tempoh 6 tahun, fokus subjek:
- Quran & tajwid
- Bahasa Arab
- Fiqh & aqidah asas
- Matematik, sains, bahasa Inggeris
Akademik dan agama berjalan seiring, kedua-duanya perlu dikuasai.
3. Menengah Rendah Al-Azhar (I’dadi, Umur 12–14 Tahun)
Tempoh 3 tahun, ilmu mula lebih serius:
- Tafsir & Hadis
- Fiqh tersusun
- Nahu & Balaghah
- Subjek akademik diteruskan
Anak diuji kesabaran dan konsistensi di tahap ini.
4. Menengah Atas Al-Azhar (Thanawi, Umur 15–17 Tahun)
Tempoh 3 tahun, terdapat aliran:
- Sains
- Sastera & Agama
Subjek agama lebih mendalam:
- Tafsir lanjutan
- Hadis & Usul Fiqh
- Tauhid & Mantik
Peperiksaan Thanawi menentukan laluan ke universiti atau bidang lain.
5. Universiti Al-Azhar (Umur 18 Tahun Ke Atas)
Pelajar memilih fakulti, antaranya:
- Syariah
- Usuluddin
- Bahasa Arab
- Dakwah & Qiraat
- Perubatan, Kejuruteraan & Sains
Tempoh ijazah biasanya 4 tahun, melahirkan ulama, mufti dan cendekiawan.
Baca juga: Guru Posting Di Kawasan Pedalaman Jangan Putus Asa, Cikgu Otai Kongsi Tip ‘Survive’ Di Sana

Gambar hiasan: Pinterest
RINGKASAN UMUR MENGIKUT TAHAP
- Tadika: 4–5 tahun
- Rendah: 6–11 tahun
- Menengah Rendah: 12–14 tahun
- Menengah Atas: 15–17 tahun
- Universiti: 18+ tahun
Satu perkara penting untuk difahami. Al-Azhar bukan universiti saja, ia mula dari tadika. Juga bukan aliran agama saja, ia ada macam-macam bidang.
Moga bermanfaat! Alif Mahari, Tanta 2008.
Baca juga: Kecoh Pelajar Universiti Balas E-mel Dengan Bahasa Kesat & Mencarut, Netizen Persoal Mana Adab?
Sumber: Alif Mahari
FT Image: Alif Mahari / Pinterest
