Bagi pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang status permohonannya ‘tidak lulus’, terdapat panduan jelas untuk mengemukakan rayuan STR sama ada secara dalam talian atau manual.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuka tempoh rayuan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari, manakala penerima yang ingin mengemas kini maklumat boleh berbuat demikian mulai 16 Februari.
Baca juga: Bantuan RM300 Untuk Anak Yang Tanggung Ibu Bapa Warga Emas, Melalui BINGKAS 3.0!
PANDUAN MUDAH RAYUAN STR SECARA ONLINE & MANUAL

Gambar: Portal LHDN.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagi memudahkan proses rayuan:
Rayuan Dalam Talian (Online)
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk ke akaun STR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan
- Pilih menu Permohonan Rayuan
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan
Rayuan Secara Manual
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan BK-01 secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal STR
- Isi borang dengan lengkap dan sertakan dokumen sokongan
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter
Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!

Gambar hiasan: katemangostar
Dokumen Sokongan Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen bukti yang membolehkan mereka layak menerima STR, antaranya:
- Maklumat anak dan pasangan
- Dokumen pemilikan harta
- Sebarang dokumen lain yang diminta mengikut garis panduan STR
Langkah-langkah ini bertujuan memastikan permohonan rayuan diterima tanpa sebarang kelewatan akibat kesilapan maklumat atau dokumen tidak lengkap. Dengan mengikuti panduan rasmi LHDN, pemohon boleh meningkatkan peluang rayuan mereka diproses dengan lancar.
Baca juga: JPN Keluarkan Garis Panduan Terkini Elak Nama Anak Ditolak, Mama Papa Perlu Faham 3 Kategori Ini!
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri
FT Image: LHDN / katemangostar
