Kerajaan MADANI terus komited membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup apabila mengumumkan peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion.
Langkah ini turut didorong oleh hasil penjimatan subsidi bersasar, termasuk bagi diesel dan RON95, yang kini disalurkan semula kepada golongan berpendapatan rendah.
Baca juga: Belanjawan 2026: Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam, Bantuan Sekolah & Pendidikan Percuma!
STR 2026: PEMOHON KENA DAFTAR AKAUN MYSTR BAHARU, BOLEH KEMASKINI BERMULA SEKARANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengumumkan bahawa sembilan juta penerima SARA bakal menerima RM100 setiap bulan sepanjang tahun 2026. Namun, bagi memastikan tiada yang tercicir, semua penerima dan pemohon STR perlu mengemas kini permohonan masing-masing.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), semua pemohon diwajibkan untuk mendaftar akaun MySTR baharu, walaupun telah memiliki akaun pada tahun-tahun sebelumnya. Tempoh permohonan baharu dan kemas kini bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun.
Individu yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut juga perlu berbuat demikian bagi memastikan kelayakan mereka kekal aktif.
CARA-CARA MOHON DAN KEMASKINI

Foto hiasan.
Pilihan 1: Kemas Kini Secara Manual (Walk-In)
Anda boleh hadir ke:
- Kaunter LHDN terdekat
- Pejabat Satelit (PS)
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Pastikan anda membawa dokumen sokongan terkini seperti salinan MyKad, sijil kelahiran anak atau dokumen berkaitan pasangan dan waris.
Pilihan 2: Kemas Kini Secara Dalam Talian (Online)
Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk akaun MySTR menggunakan:
- ID Pengguna (No. MyKad)
- Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Jika anda belum mempunyai akaun, klik “Daftar Pengguna Baru” dan ikuti panduan Daftar MySTR 2026.
Selepas log masuk, anda akan dibawa ke halaman Dashboard. Klik menu “Kemas Kini Permohonan”. Sistem akan memaparkan maklumat terkini berdasarkan permohonan STR 2025. Kemas kini bahagian berikut:
- Maklumat Pemohon
- Pasangan
- Anak
- Waris
- Muat naik dokumen sokongan yang berkaitan sebagai bukti pengesahan.
- Jika maklumat waris sama seperti pasangan, sistem akan mengisi ruangan tersebut secara automatik dan tidak boleh diubah.
- Sahkan semua maklumat anda, lengkapkan Kod CAPTCHA, dan klik “Teruskan” untuk hantar kemas kini.
Oleh itu, kemas kini awal untuk pastikan anda tidak terlepas peluang menerima bantuan STR dan SARA 2026. Dengan sedikit masa dan perhatian, anda boleh memastikan bantuan sampai tepat pada waktunya untuk meringankan beban keluarga.
Baca juga: Elak Salah Faham Di Kaunter, Ini Cara ‘Scan’ Barangan SARA Guna Aplikasi MyKasih…Tak Semua Boleh Ya!
