Euforia Bola 2026
Nur

Ini 7 Pilihan Terbaik Pakej Umrah + Ziarah Mesra Keluarga, Siap Hotel Dekat & Sesuai Untuk Bawa Anak Kecil

pakej umrah ziarah

Melangkah ke Tanah Suci bersama keluarga, lebih-lebih lagi bila ada anak kecil, memang jadi impian ramai ibu ayah. Pengalaman boleh jadi lebih tenang, teratur dan mesra anak asalkan anda memilih pakej umrah ziarah yang betul.

Zaman sekarang banyak sangat agensi menawarkan umrah ziarah, cuma tak semua direka khas untuk keselesaan keluarga yang ada bayi, toddler atau kanak-kanak.

Baca juga: Ini 12 Pintu Penting Masjid Nabawi Wajib Save Bila Di Madinah, Dari Lokasi Shopping Hingga Aiskrim Viral!

7 PAKEJ UMRAH ZIARAH YANG SESUAI UNTUK KELUARGA NAK BAWA ANAK KECIL, LEBIH SERONOK!

pakej umrah ziarah

Foto: familytravelinthemiddleast

Jadi, berikut disenaraikan 7 pakej umrah ziarah dari agensi di Malaysia yang boleh dipertimbangkan jika anda pergi bersama keluarga termasuk anak kecil.

1. KOPETRO Travel & Tours

  • Pakej 10–12 hari Umrah & Ziarah, hotel dekat Mekah (300–450 m dari Masjidil Haram), Madinah (300 m dari Masjid Nabawi).
  • Harga bermula sekitar RM 6,990 per orang.

2. Al Haramain Travel & Tours

  • Menawarkan pelbagai pilihan pakej (ekonomi, premium, ziarah), termasuk pakej Umrah dan Ziarah; ada diskaun untuk kanak-kanak/bayi.
  • Harga bermula dari RM9,099

3. Nuh Travel & Tours

  • (Pakej Umrah Imani) Pakej “Umrah & Ziarah” pelbagai destinasi, sesuai untuk keluarga mahukan suasana lebih daripada sekadar Umrah.
  • Harga bermula RM8,590

4. KRS Travel Sdn Bhd

  • Pakej baru dengan penginapan sangat dekat ke masjid (contoh: 50 meter ke pintu Masjid di Mekah, 100 meter di Madinah) dan ziarah ke tempat‑tempat istimewa Mekah, Madinah. Ini sangat membantu jika bawa anak kecil.
  • Harga bermula dari RM7,650

5. Maghfirah Travel & Tours

  • Menawarkan pakej Umrah (termasuk “Umrah Ajyad Lengkap”) — dengan penerbangan terus dan penginapan selesa, sesuai jika anda utamakan keselesaan.
  • Harga bermula dari RM5,890

6. MKM Travel & Tours

  • Pakej Umrah dengan penginapan hotel dekat masjid, mutawwif dan pengangkutan selesa. Membantu pengurusan logistik apabila bawa anak kecil.
  • Harga bermula dari RM6,290.

7. AMI Travel & Tours

  • Ada pakej “Umrah + Ziarah” dengan penginapan di Mekah & Madinah dalam jarak berjalan ke masjid — memudahkan bila ada anak kecil.
  • Harga bermula dari RM10,990.

Jadi, sebelum anda pilih mana‑mana pakej di atas, disyorkan anda semak hal ini bila hubungi mereka:

  1. Lokasi hotel (sejauh mana dekat ke Masjid / Haramain, supaya tidak susah bawa anak kecil berjalan jauh).
  2. Adakah bilik sesuai untuk keluarga — ada bilik keluarga, connecting‑room, bilik besar.
  3. Kemudahan pengangkutan dari dan ke masjid, dan jika ziarah termasuk pengangkutan (van/shuttle), supaya tak perlu bawa stroller jauh.
  4. Kemudahan asas untuk anak kecil / bayi (contoh: kemudahan bilik, bilik mandi, kemudahan makanan / sarapan anak).
  5. Jadual ziarah / ibadah — sesuai ke kalau ada anak kecil (tidak terlalu padat).
pakej umrah ziarah

Foto hiasan.

*Semoga dipermudahkan urusan umrah ziarah nanti!

Baca juga: Teknik ‘Layering’ Baju Bercuti Musim Sejuk Yang Sesuai Untuk Semua Umur, Confirm Tak Menggigil!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Foto: Soul of Saudi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×