Euforia Bola 2026
Inspirasi

Membanggakan! Pakar Jantung IJN Terpilih Wakili Malaysia Sertai Pasukan Perubatan Sultan Brunei

pakar jantung

Kehebatan pakar jantung dari Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung, Datuk Seri Dr Azmee Ghazi, dipilih menyertai pasukan perubatan khas bagi prosedur yang akan dijalani Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut kenyataan IJN, pemilihan Dr Azmee mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepemimpinan klinikal dan kepakaran pakar jantung IJN dalam memberikan tahap penjagaan kesihatan yang tertinggi.

Baca juga: “Baiknya! Macam Bagi Bapa Sendiri Makan”- Netizen Puji Jururawat Santuni Pesakit, Siap Suap Makanan Guna Tangan

PAKAR JANTUNG IJN TERPILIH SERTAI PASUKAN PERUBATAN SULTAN BRUNEI

pakar jantung

Gambar: Facebook IJN

“Pemilihan Datuk Seri Dr Azmee Ghazi mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepemimpinan klinikal dan kepakaran pakar IJN dalam memberikan tahap penjagaan kesihatan yang tertinggi,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Pembabitan Dr Azmee dalam pasukan perubatan Diraja Brunei bukan sahaja pengiktirafan profesional yang amat bermakna, tetapi juga mengukuhkan kedudukan IJN sebagai pusat kecemerlangan kardiovaskular di peringkat serantau.

“Pembabitan ini turut membuktikan kepakaran IJN menjadi rujukan melangkaui sempadan negara, khususnya bagi rawatan kardiovaskular yang kompleks dan berteknologi tinggi, hasil pengalaman berdekad-dekad serta pematuhan kepada piawaian kualiti antarabangsa,” katanya.

Menurut IJN, penglibatan Dr Azmee juga menyerlahkan kepemimpinan beliau dalam bidang kardiologi lanjutan dan pengurusan kegagalan jantung, selain mencerminkan komitmen berterusan IJN dalam melahirkan pakar jantung bertaraf dunia.

“IJN sentiasa bersedia untuk menyumbangkan kepakaran di mana sahaja ia diperlukan, berteraskan profesionalisme, ketepatan serta tanggungjawab murni untuk berkhidmat,” katanya.

Baca juga: Pemuda Derma 7 Organ Selepas Kemalangan, Detik Hospital Beri Penghormatan Terakhir Undang Sayu

pakar jantung

Gambar Instagram Jabatan Perdana Menteri Brunei: – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat menjalani prosedur pembedahan Penggantian Sendi Lutut Kanan (Right Total Knee Replacement) di Jerudong Park Medical Centre, pada Ahad.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Hassanal Bolkiah. Menerusi hantaran Facebook pada 14 Januari lalu, beliau menerima perkhabaran Sultan dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari.

Penglibatan Dr Azmee dalam prosedur ini sekali lagi mengangkat reputasi pakar jantung Malaysia di mata dunia.

Baca juga: Isi Masa Sementara Tunggu Keputusan SPM, Remaja Ini Jadi Imam…Pilihan Lain Dari Yang Lain!

Sumber: Facebook Institut Jantung Negara (IJN)

FT Image: Linkedin / Instagram Jabatan Perdana Menteri Brunei

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×