Dalam musim ‘sales’ sana sini sempena hujung tahun, ramai antara kita termasuk ibu ayah yang mudah terpengaruh dengan promosi jualan murah. Hasilnya? Almari penuh dan padat dengan pakaian yang tidak dipakai melebihi dua kali!
Mungkin ramai yang terlepas pandang, dalam Islam, memiliki harta atau barang melebihi keperluan tanpa dimanfaatkan boleh menjadi salah satu perkara yang akan dipersoalkan di akhirat. Termasuklah pakaian yang hanya tergantung elok dalam almari, tetapi tidak pernah digunakan.
Baca juga: Jangan Simpan Baju Orang Mati Untuk Kenangan, Tukang Mandi Jenazah Pesan Ada ‘Benda’ Ikut
Betulkah pakaian yang tidak dipakai boleh dihitung sebagai hisab?

Foto: freepik
Menurut para ulama, apa sahaja harta yang Allah kurniakan kepada seseorang akan ditanya kelak, dari mana kita dapat, untuk apa digunakan dan adakah ia dimanfaatkan dengan baik. Antara dalil yang selalu disebut ialah hadis Nabi SAW:
“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia ditanya… hartanya, dari mana ia diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan,” — Riwayat Tirmizi
Walaupun pakaian tidak disebut secara langsung, benda ini tetap tergolong dalam ‘harta’. Pakaian yang dibeli tetapi tidak dipakai, atau dibiarkan begitu saja bertahun-tahun, adalah pembaziran dan boleh menjadi sebab seseorang ditanya dalam hisab. Kenapa isu pakaian ini dikaitkan dengan hisab?
Kerana pakaian adalah:
- Keperluan asas, bukan hiasan berlebihan.
- Diberi untuk dipakai, bukan sekadar disimpan.
- Boleh dimanfaatkan orang lain jika kita tak perlukan.
- Jika pakaian yang elok masih tersangkut dalam almari tanpa digunakan, ia bukan saja membazir, malah menyebabkan peluang pahala sedekah itu hilang.
4 Tanda Kita Dah Berlebih-Lebihan Dalam Membeli Pakaian

Foto: freepik
Ramai tak sedar bahawa membeli-belah sudah jadi tabiat. Ini beberapa tanda yang patut kita berhenti sekejap dan muhasabah:
1. “Eh, baju ni aku beli bila?”
Kalau sering terjumpa pakaian masih ber-tag, itu tanda amaran awal kita membeli tanpa keperluan.
2. Almari penuh tapi rasa tak ada baju nak pakai
Ini dilema klasik yang menandakan kita membeli ikut emosi, bukan keperluan.
3. Simpan pakaian untuk ‘masa sesuai’ yang tak pernah tiba
Contoh: “Nanti kurus sikit aku pakai”, “Nanti ada event lah kot”. Malangnya, nanti itu biasanya tak datang.
4. Beli sebab murah, bukan sebab perlu
Jualan murah bukan alasan untuk kita menambah beban hisab.
Salah satu cara untuk mengelakkan diri dari dihisab dan menambah pahala adalah pakaian yang kita tak perlukan mungkin boleh disedekahkan kepada orang lain. Ini menjadi nikmat besar untuk orang seperti ibu tunggal, keluarga miskin, mangsa banjir, atau pelajar yang serba kekurangan.
Bayangkan baju yang tak pernah kita sentuh itu menjadi punca pahala mengalir setiap kali orang lain memakainya. Indah, kan?
Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!
Sumber: Ikhlas.com
