Euforia Bola 2026
Nur

Wanita, Hati-Hati! Ramai Anggap Remeh, Tapi Inilah 5 Dosa Harian Yang Paling Berat Di Sisi Allah

dosa kecil

Kita faham bahawa ramai dalam kalangan wanita hari ini berusaha untuk menjadi lebih baik, ingin dekat dengan Allah dan menjadi hamba yang dipandang mulia di sisi-Nya. Namun tanpa sedar, ada dosa kecil yang sering dipandang ringan dan dibuat berulang kali tanpa rasa bersalah.

Jom muhasabah bersama berdasarkan perkongsian Ustazah Asma’ Harun, adakah kita termasuk dalam golongan yang selalu meremehkan dosa-dosa kecil ini?

Baca juga: Hukum Wanita Zumba Di Tempat Terbuka, Ustazah Asma’ Jelas Batas Supaya Tak Timbul Fitnah

5 PERKARA KEBIASAAN YANG WANITA SERING ANGGAP DOSA KECIL & PANDANG RINGAN, BOLEH BERHENTI!

dosa kecil

Foto: Kashoorga

1. Mendedahkan Aurat

Rasulullah SAW pernah mengingatkan tentang golongan wanita yang disebut sebagai “berpakaian tetapi bertelanjang”iaitu pakaian ada, tapi tidak menutup aurat dengan sempurna, ketat, nipis atau menarik perhatian.

Hadis lengkap menyebut:

“Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang… tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya…” – Hadis Riwayat Muslim

Ini bukan ancaman kosong, tetapi peringatan berat tentang betapa pentingnya menjaga maruah dan identiti seorang wanita Muslimah.

2. Mengabaikan Perintah Suami

Hubungan suami isteri dalam Islam berasaskan tanggungjawab dan saling menghormati. Ketaatan kepada suami bermaksud dalam perkara yang tidak melanggar syariat adalah ibadah besar.

Nabi SAW bersabda:

“Jika wanita solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suaminya, dia boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang dia inginkan.”– Hadis Riwayat Ibn Hibban

Betapa tinggi kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita yang menjaga peranan ini.

3. Mengubah Ciptaan Allah

Trend kecantikan moden sering mendorong perubahan wajah dan tubuh yang melampaui batas hingga mengubah ciptaan Allah secara kekal.

Firman Allah SWT:

“Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah…”– Surah al-Nisa’: 119

Islam tidak melarang berhias, tetapi melarang perubahan kekal yang mengubah ciptaan asal tanpa keperluan syarie.

4. Meninggalkan Solat

Solat adalah tiang agama namun ia juga antara amalan yang paling banyak ditinggalkan oleh wanita tanpa rasa bersalah, terutamanya di luar waktu haid.

Rasulullah SAW bersabda:

“Amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solat…”– Hadis Riwayat al-Thabrani

Jika solat baik, baiklah seluruh hidup. Jika solat rosak, rosaklah seluruh amal.

5. Tabarruj (Berhias Berlebihan di Hadapan Lelaki Ajnabi)

Berhias untuk suami adalah pahala, tetapi berhias berlebihan di khalayak umum sehingga menarik perhatian adalah tabarruj, iaitu perbuatan yang dilarang.

Firman Allah SWT:

“Janganlah kamu berhias dan mendedahkan diri seperti wanita Jahiliah dahulu,”– Surah al-Ahzab: 33

Tabarruj bukan sekadar makeup tebal, tetapi apa sahaja yang boleh mengundang pandangan dan fitnah.

dosa kecil

Foto: freepik

Kesimpulannya, menjadi wanita solehah bukan bermakna kita sempurna atau tidak pernah silap. Tetapi wanita yang sentiasa menjaga diri, memperbaiki kesalahan dan peka terhadap dosa kecil, itulah yang dimuliakan Allah.

Baca juga: Jangan Tunggu Sakit Baru Kalut, Ini 7 Surah ‘Hebat’ Wajib Hafal Sebelum Meninggal Dunia

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×