Euforia Bola 2026
Famili

Wanita ‘Sakit Mata’ Lihat Cara Berpakaian Segelintir Ibu Di Sekolah Agama, “Garis Spenda Pun Nampak..Jagalah Maruah Anak”

perjumpaan ibu bapa

Perjumpaan ibu bapa di sebuah sekolah agama menjadi perhatian ramai selepas seorang wanita meluahkan rasa kecewa melihat cara pemakaian segelintir ibu bapa yang hadir ke program tersebut.

Perkongsian yang dimuat naik di Threads itu pantas meraih pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata bersetuju bahawa pemilihan pakaian yang sopan bukan sekadar menghormati sekolah, malah turut menjaga imej diri dan maruah anak-anak.

Baca juga: Tular Syarikat Terkenal Syaratkan Bakal Pekerja Berhijab Pakai Turban, Ustazah Asmak Husin Beri Teguran & Pandangan

PEMAKAIAN DI PERJUMPAAN IBU BAPA KURANG SOPAN

perjumpaan ibu bapa

Gambar hiasan: Gemini AI

Dalam hantarannya, wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia bukan berniat memaksa sesiapa memakai jubah atau berpurdah.

Sebaliknya, hanya berharap ibu bapa yang hadir ke sekolah memilih pakaian yang sesuai dengan suasana dan menghormati institusi pendidikan.

Menurutnya, pakaian yang longgar, tudung yang dipakai dengan kemas serta menutup aurat sudah memadai tanpa perlu berlebihan.

Terkejut lihat penampilan ketika perjumpaan ibu bapa

Wanita itu turut berkongsi pengalamannya menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah anak.

Katanya, dia terkejut apabila melihat ada segelintir ibu bapa hadir dengan pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan, selain tudung yang dipakai tidak menutupi aurat dengan sempurna.

“Terkejut melihat ada yang datang memakai baju ketat melekat, tudung bersimpul sehingga anting-anting jelas kelihatan, malah seluar pula menampakkan line underware.

“Aduhai, rasa geram juga melihat keadaan begitu. Sebenarnya, tidak rasa malu ke?” ujarnya.

Dia berpendapat keadaan sedemikian kurang sesuai memandangkan program tersebut berlangsung di kawasan sekolah agama yang menjadi tempat mendidik anak-anak tentang adab dan akhlak.

Malah, turut mempersoalkan sama ada ibu bapa berkenaan memikirkan penampilan mereka ketika berurusan dengan guru, murid serta ibu bapa lain.

Baca juga: “Kalau Sudi Topup Sikit..”- Anak Teringin Set Mewarna RM800, Tindakan Ibu Minta Bantuan Siti Nurhaliza Cetus Perdebatan Netizen

perjumpaan ibu bapa

Gambar hiasan: Gemini AI

Ramai warga maya berkongsi pandangan

Di ruangan komen, ramai menyatakan mereka memahami teguran yang disampaikan. Ada yang berpendapat penampilan ibu bapa boleh memberi kesan kepada emosi anak-anak, terutama jika menjadi perhatian orang lain.

Antara pandangan yang dikongsikan ialah:

  • Ada yang bersimpati terhadap anak-anak kerana bimbang mereka berasa malu atau menjadi bahan usikan rakan-rakan.
  • Ramai mengingatkan bahawa menjaga maruah anak sama pentingnya dengan menjaga maruah diri sendiri.
  • Seorang netizen berkongsi pengalaman sepupunya di Singapura yang mula mengubah cara berpakaian selepas ditegur oleh anak agar berpakaian lebih sopan ketika menghantarnya ke sekolah agama.
  • Ada juga yang menegaskan bahawa etika berpakaian bukan hanya perlu dijaga di sekolah agama, malah di semua sekolah kerana ia merupakan tempat mendidik anak-anak tentang adab, disiplin dan akhlak.

Hormati tempat dan majlis yang dihadiri

Walaupun ada yang berbeza pandangan, kebanyakan warga maya melihat isu ini bukan bertujuan menghakimi penampilan seseorang.

Sebaliknya, mereka berpandangan bahawa setiap majlis mempunyai kesesuaian pemakaiannya, termasuk ketika menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah.

Pemilihan pakaian yang sopan dilihat sebagai satu bentuk penghormatan kepada institusi pendidikan, guru-guru, ibu bapa lain serta anak-anak yang sedang belajar di situ.

Tambahan pula, ibu bapa merupakan contoh paling hampir kepada anak-anak. Penampilan dan tingkah laku yang ditunjukkan ketika berada di sekolah sedikit sebanyak mencerminkan nilai hormat, adab dan tanggungjawab yang ingin diterapkan kepada mereka.

Sumber: Threads

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×