Non-muslim di Malaysia sering dilihat sebagai sebahagian penting dalam mencorakkan keharmonian negara ini yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Keunikan inilah yang menjadi daya tarikan utama kepada pelancong luar negara selain keindahan alam semula jadi yang dimiliki Malaysia.
Baru-baru ini, tular sebuah video menyentuh hati yang memaparkan seorang pelancong dari Amerika Syarikat berkunjung ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat untuk memahami lebih dekat tentang ibadah umat Islam.
Baca juga: UiTM Chamber Choir Raih 2 Emas & Peroleh Gelaran Tertinggi Eksklusif Di Pertandingan Antarabangsa!
PEMUDA NON-MUSLIM FASIH JELASKAN ISLAM KEPADA PELANCONG

Lebih menarik, lawatan itu ditemani seorang rakyat Malaysia bernama Melvin Gary yang bukan beragama Islam, namun fasih menerangkan tentang keindahan ajaran Islam dan hikmah solat.
Menerusi video dimuat naik Melvin di TikTok, pelancong yang dikenali sebagai Terry Pernell kelihatan kagum dengan penerangan tersebut dan turut memuji pengetahuan luas Melvin mengenai Islam.
“Jadi seperti yang awak tahu Malaysia adalah negara majoriti Islam, agama rasmi negara ini ialah Islam, ia agama yang indah.
“Seperti yang awak boleh lihat, ini adalah Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat, awak boleh lihat seni bina Islam, ia sangat cantik dan rasa damai di sini.
“Biasanya mereka mempunyai lima waktu solat dan setiap waktu solat, awak boleh dengar azan atau panggilan untuk solat,” ujar Melvin kepada Terry.
Kedua-duanya turut masuk ke dalam masjid untuk melihat seni bina dan fungsi ruang solat.
“Itu tempat imam untuk bercakap, mengetuai solat untuk setiap solat Jumaat,” jelas Melvin sambil menunjukkan mimbar kepada pelancong tersebut.
Melvin turut menambah bahawa masjid tidak hanya digunakan sebagai tempat beribadah, malah berfungsi sebagai pusat komuniti Muslim.
“Upacara pernikahan dan majlis seperti Maulidur Rasul diadakan di masjid,” katanya.
Penerangan itu membuatkan Terry semakin kagum dan menghargai usaha Melvin.
“Kerana di sini, kawan-kawan dan saya tinggal dalam masyarakat pelbagai budaya, dalam bahasa Melayu, kami kata ‘tak kenal maka tak cinta’, jadi kita kena tahu.
“Kenal kawan-kawan dan rakan sebaya tentang bagaimana kehidupan seharian mereka dan segala aspek agama dan budaya mereka.
“Saya percaya ini satu cara untuk kami mengekalkan keamanan dan keharmonian serta pemahaman di antara kami,” jawab Melvin.
Baca juga: Kenang Arwah Ibu Bapa Kerja Tukang Masak & Jahit, Alis Pilih Jurusan Ekonomi Rumah Tangga!
Perkongsian itu menerima banyak pujian warga maya. Ramai yang terharu kerana seorang bukan Islam mampu memberi penerangan tentang Islam dengan baik serta menjadi contoh teladan dalam menghormati kepelbagaian agama.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Ya Allah saya ingat abang ni agama Islam rupanya tidak tapi dia tahu semua tentang Islam, sebaknya.
“Abang boleh jadi ikon perpaduan.
“Masha Allah! Orang bukan Islam beri penjelasan dengan baik. Allahuma soli ala Muhammad.
“Ya Allah, saya ingat brother ini agama Islam rupanya tidak, tapi dia tahu semua tentang islam sebaknya!
“Ciri-ciri non muslim yang wajib dijaga dan dilindungi oleh orang-orang Islam,” kata pengguna TikTok.
@melvingary595 First Step into a Malaysian Mosque Hari ni MeL bawa Terry dari Chicago ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah Allah. Terry kagum lalu berkata: “You have a lot of knowledge about Islam, brother.” Melvin hanya tersenyum dan membalas: “Tak kenal maka tak cinta.” Di sini, Terry belajar bahawa Islam di Malaysia hadir dalam suasana aman dan penuh kasih sayang. #MelExplores #BatuPahat #MasjidSultanIsmail #TakKenalMakaTakCinta #visitjohor2026 @TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia @Tourism Johor
Sumber: TikTok @melvingary595
FT Image: TikTok @melvingary595
