Gara-gara menerima sepucuk surat cinta, salah seorang anak bujang kepada Angkasawan Negara dan personaliti terkenal, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, tidak mahu pergi ke sekolah.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Sheikh Muszaphar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, pada Rabu.
Baca juga: Anak Cemerlang Dapat MRSM, Bapa Separa Buta Naik Grab Dari Jauh Demi Skim BUDI
NOAH TERIMA SURAT CINTA

Gambar Instagram @drsheikhmuszaphar: anak bujang Dr. Sheikh Muszaphar iaitu Sheikh Noah.
Dr. Sheikh Muszaphar menjelaskan bahawa anak bujangnya Sheikh Noah, 8, telah menghantar mesej pada malam hari kepadanya yang ketika itu sedang berada di Sibu.
Mesej itu menceritakan Noah berada dalam mood panik, gara-gara menerima sepucuk surat cinta daripada seorang gadis di kelasnya yang mengatakan “I Love You” bersama emoji hati bersulam reben.
“Noah kini dalam dilema, dia menghantar mesej kepada saya malam tadi. Saya masih di Sibu. Dia dalam mood panik. Seorang gadis menulis surat kepadanya, mengatakan ‘I Love You❤️🩹,” jelas Dr. Sheikh Muszaphar di ruangan kapsyen.
Disebabkan itu, kini kembar kepada Sheikh Adam yang berada di Darjah 2 itu enggan pergi ke sekolah kerana berasa malu dan takut, selain tidak tahu apa yang perlu dilakukan oleh dirinya.
“Sekarang dia tidak mahu pergi ke sekolah. Noah seorang pemalu. Dia rasa takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dan mereka berdua dalam Darjah 2,” kata Dr. Sheikh Muszaphar.
Baca juga: Dr. Sarankan 15 Ubat WAJIB Ada Dalam Peti Pertolongan Cemas, Sakit Biasa Boleh Rawat Sendiri!
Mesej yang dihantar Noah
Selain itu, rakaman skrin video mesej yang dikongsikan pada hantaran sama, turut memperlihatkan Dr. Sheikh Muszaphar cuba menenangkan Noah dan memberi nasihat akan tindakan yang perlu dilakukan.
Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, Noah tidak perlu berasa malu dan melarikan diri setelah menerima surat pengakuan cinta itu.
Noah seharusnya berasa gembira dan mengucapkan terima kasih di atas keberanian gadis itu, selain menghormati perasaannya.
Bahkan, bapa kepada 7 orang anak itu turut mencadangkan agar anaknya yang introvert untuk berani berhadapan dengan gadis tersebut pada keesokan harinya di sekolah kerana tidak selamanya dia boleh menyembunyikan diri.

Gambar Instagram @drsheikhmuszaphar: Rakaman skrin video mesej di antara Dr. Sheikh Muszaphar dan Noah.

Gambar Instagram @drsheikhmuszaphar: Rakaman skrin video mesej di antara Dr. Sheikh Muszaphar dan Noah.
Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar
FT Image: Instagram @drsheikhmuszaphar / chandlervid85
