Hari Raya Aidiladha disambut dengan penuh syukur dan sunnah, antaranya termasuklah niat mandi Aidiladha sebagai amalan yang digalakkan. Mandi sunat ini bukan sekadar membersihkan diri secara zahir, tetapi juga melambangkan kesediaan rohani untuk menyambut hari yang agung.
Ia diamalkan oleh para sahabat dan disebut dalam pelbagai riwayat, menunjukkan betapa pentingnya menjaga kebersihan dan mencontohi sunnah Nabi SAW pada hari kebesaran Islam.
Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah
NIAT MANDI AIDILADHA

Gambar Utusan Puqtra Hairry Rosli 2023: Sultan Mizan Zainal Abidin (enam, kanan) menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
Antara mandi sunat yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW ialah mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya.
Berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi:
Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi. “Adakah diharuskan mandi setiap hari?” Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Islam merupakan satu agama yang amat menitikberatkan akan kebersihan dan Allah SWT amat suka akan hamba-hamba-Nya yang bersih. Mandi juga merupakan salah satu daripada cara-cara untuk membersihkan diri.
Terdapat beberapa jenis mandi sunat iaitu:
- Mandi kerana hendak solat Jumaat
- Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha
- Mandi selepas memandikan jenazah
- Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila
- Mandi kerana hendak berihram
- Mandi kerana hendak memasuki kota Makkah
- Mandi kerana hendak berwukuf di Arafah
- Mandi selepas berbekam
Baca juga: Tasik Galilee Semakin Kering! Betulkah Dajal Sudah Hampir Muncul?
Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!
Jadi, kali ini penulis akan kongsikan tentang mandi sunnah yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha.
Umat Islam digalakkan untuk mandi sunat pada Hari Raya Aidiladha sama ada menghadiri solat sunat raya ataupun tidak. Dalilnya diambil berdasarkan amalan para sahabat:
عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar r.a. mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.” (HR Muwatta’, Isnad Sahih)
Fakta perlu tahu berkenaan Hari Raya Aidiladha
- Disambut pada 10 Zulhijjah
- Sunat tidak makan sebelum solat sunat hari raya
- Solat sunat Aidiladha dicepatkan supaya sembelih korban boleh segera dilaksanakan
- Takbir bermula pada 9 hingga 13 Zulhijjah
- Ibadah korban disunatkan selepas khutbah raya sehingga Asar 13 Zulhijjah
- Ibadah Haji bermula 8 hingga 13 Zulhijjah
Lain-lain sunnah Hari Raya Aidiladha
- Mandi sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Menunaikan solat sunat Hari Raya
- Mendengar khutbah raya
- Sunat TIDAK MAKAN sehingga selepas solat sunat hari raya
Baca juga: Kelebihan Puasa Sunat Tarwiyah 5 Jun Ini, Amalan Bernilai Di Awal Zulhijjah!
NIAT MANDI SUNAT AIDILADHA

Gambar hiasan Freepik
Lafaz niat mandi sunat Aidiladha:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatal Lillahi Taala
Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Aidiladha kerana Allah Taa’la“
Panduan Ringkas
Mandi sunat boleh dilakukan seperti biasa, dengan melakukan perkara berikut:
- Dimulakan dengan “Bismillah”.
- Membersihkan kotoran.
- Berwuduk sebelum mandi.
- Menyelati jari kaki, tangan dan rambut.
- Mendahulukan anggota badan.
- Berdoa selepas mandi.
Tempoh waktu mandi sunat hari raya ialah bermula dari pertengahan malam dan disunatkan untuk dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.
Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin
Sumber: e-central
FT Image: Utusan Puqtra Hairry Rosli
