Euforia Bola 2026
40 Minggu

7 Tahun Menanti, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama Sempena Anniversary Perkahwinan

hamil anak pertama

Selepas sekian lama menanti, pelakon popular tanah air, Nelydia Senrose akhirnya berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak pertama.

Berita penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Nelydia menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

Baca juga: Ramai Cakap Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat…Betul Ke? Ini Fakta Menarik Ramai Tak Tahu!

NELYDIA SENROSE UMUM HAMIL ANAK PERTAMA

hamil anak pertama

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Apa yang menjadikan pengumuman ini lebih istimewa, ia dibuat bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Momen penuh emosi itu nyata menyentuh hati para peminat yang selama ini menantikan berita gembira daripada pasangan ini.

Menerusi kapsyen yang cukup romantis, Nelydia menggambarkan kehamilan tersebut sebagai simbol cinta yang semakin mekar selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us,” tulisnya, yang turut diterjemahkan sebagai tujuh tahun penuh kasih sayang kini bertukar menjadi satu degupan kehidupan baharu.

hamil anak pertama

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Perkongsian tersebut segera dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis serta para peminat.

Antara yang mencuri perhatian ialah komen daripada Hannah Delisha yang menulis, “Masya Allah Alhamdulillah Nely, semoga dipermudahkan segala urusan”.

Selain itu, Oktovia Manrose turut meluahkan rasa gembira dengan ucapan, “MasyaAllah Tabarakallah. I’m happy for both of you. Alhamdulillah Ya Allah”.

Bella Dally juga memberikan ucapan ringkas, “Alhamdulillah congratulations to the both of you”.

Rata-rata mendoakan agar segala urusan kehamilan dipermudahkan dan pasangan ini dikurniakan zuriat yang sihat serta sempurna.

Nelydia dan Datuk Mohd Hafez Halimi telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019. Selepas tujuh tahun bersama, kehadiran cahaya mata pertama ini sememangnya menjadi detik paling bermakna dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Semoga kehamilan ini dipermudahkan dan membawa kebahagiaan yang berpanjangan buat pasangan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Baca juga: Rupanya Bukan 2… Ini Bilangan Botol Susu Bayi Yang Disyorkan Pakar WAJIB Ada Di Rumah

Sumber: Instagram @nelydiasenrose

FT Images: Instagram @nelydiasenrose

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×