Euforia Bola 2026
Famili

“Nama Kami Hajarr Ferarie, M’Glazzia, Shayenn & Emell Lebronz”- 4 Beradik Viral Miliki Nama Unik!

NAMA UNIK

Empat beradik dari Gombak mencuri perhatian ramai apabila kesemua mereka memiliki nama unik yang cukup berbeza daripada kebiasaan. Menariknya, setiap nama yang diberikan bukan sahaja unik, malah diinspirasikan daripada pelbagai elemen seperti jenama kereta mewah, fenomena alam serta tokoh sukan terkenal dunia.

Salah seorang daripada mereka, Hajarr Ferarie Mohd Zaki, 20, berkongsi bahawa idea di sebalik nama-nama tersebut datang daripada bapanya yang gemar sesuatu yang luar biasa dan berunsur moden.

Baca juga: Gaya Kemas Rumah Rupanya Ikut Personaliti Jenis Darah? Golongan Darah A Dikatakan Paling ‘On Point’!

NAMA UNIK UNTUK ANAK, AYAH LETAK EMELL & FERARIE

NAMA UNIK

Kredit: Kosmo

Selain dirinya, tiga lagi adik-beradiknya ialah M’Glazzia Zidannial, 25, Shayenn Qistina, 22, dan Emell Lebronz, 19, masing-masing membawa identiti tersendiri melalui nama yang diberikan.

Menurut pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah itu, bapanya merupakan seorang yang mempunyai citarasa tersendiri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Malah, latar belakang bapanya yang pernah terlibat dalam dunia muzik rock sedikit sebanyak mempengaruhi pemilihan nama anak-anaknya yang lebih ‘trendy’ dan berkarakter.

Mengulas lanjut, setiap nama yang diberikan sebenarnya mempunyai makna dan inspirasi tersendiri. Nama abang sulungnya, M’Glazzia Zidannial, diambil daripada gabungan perkataan glacier dan nama legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane. Shayenn pula merupakan adaptasi daripada model kenderaan Porsche Cayenne yang diolah mengikut sebutan tempatan.

Bagi dirinya pula, nama Ferarie jelas diinspirasikan daripada jenama kereta mewah Ferrari, manakala adiknya Emell Lebronz mendapat nama daripada gabungan perkataan e-mel serta ikon bola keranjang dunia, LeBron James.

NAMA UNIK

Berkongsi pengalaman sepanjang membesar, Hajarr mengakui nama unik yang dimiliki sering mengundang pelbagai reaksi daripada orang sekeliling. Ada yang terkejut, tidak kurang juga yang menganggapnya lucu apabila pertama kali mendengar.

Malah, ketika kecil, dia pernah berdepan kekeliruan dalam dokumen rasmi apabila jantinanya hampir tersalah didaftarkan susulan namanya yang dianggap lebih sinonim dengan lelaki.

Tambahnya lagi, sejak di bangku sekolah hingga ke universiti, namanya sering menjadi perhatian setiap kali dipanggil oleh guru atau pensyarah, sehingga membuatkan dirinya menjadi tumpuan rakan-rakan lain.

Walaupun situasi tersebut kadangkala menimbulkan rasa segan, ada juga momen yang dianggap mencuit hati dan menjadi kenangan sepanjang membesar.

Menurut Hajarr, persepsinya terhadap nama yang dimiliki berubah mengikut usia. Jika dahulu pernah terlintas untuk menukar kepada nama yang lebih biasa, kini dia mula menghargai keunikan tersebut sebagai sebahagian daripada identitinya.

Baca juga: Kisah Pilu Si Kecil Thanavitha: Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung, Keluarga Angkat Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×