Euforia Bola 2026
Famili

Nama Graduan UiTM, Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya Jadi Tumpuan

graduan uitm

Nama panjang seorang graduan UiTM menjadi perhatian ramai selepas video tular dimuat naik oleh UiTM Channel semasa majlis konvokesyen baru-baru ini.

Menariknya, ini bukan pengalaman pertama Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya, 23, menjadi tular kerana keunikan namanya.

Baca juga: Jangan Salah Duduk! Kedudukan Tempat Dalam Kereta Ini Boleh Selamatkan Nyawa Anda – Pakar

NAMA GRADUAN UITM VIRAL,WARGANET TERKEJUT TERLALU PANJANG

GRADUAN UITM

Kredit: Kosmo

Nama panjangnya itu pernah mendapat liputan media pada majlis konvokesyen tahun lalu ketika menerima sijil Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendedahkan bahawa dia terhibur membaca reaksi pengguna di TikTok dan sudah terbiasa dengan perhatian orang ramai setiap kali namanya disebut di khalayak.

“Hasil 48 kali dengar, baru dapat tangkap nama penuh. Akad nikah nanti harap bakal suami tak tersasul baca Asmaul Husna pula ya. Goodluck,” komen warganet.

Aminasufi yang kini memegang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) berkata sejak di sekolah rendah, dia sering menerima reaksi sama daripada guru, rakan-rakan, dan orang yang baru mengenalinya.

“Memang selalu dapat reaksi yang sama apabila orang dengar nama saya. Ada yang minta saya ulang atau eja semula. Kawan-kawan buat pertandingan siapa boleh sebut nama penuh saya dalam satu nafas. Setiap kali peperiksaan, saya tulis nama pendek dahulu, baru tulis nama penuh jika sempat,” ujarnya.

Mengenai nama bapanya yang unik, Aminasufi menjelaskan ia adalah hasil kreativiti datuknya, Abdul Rahman @ Baharum bin Basar, 104 tahun.

graduan uitm

Ibu saudaranya, Atinaayati Asmaamarsita, 55, berkata minat mendalam bapanya terhadap sastera menjelaskan cara unik pemberian nama kepada anak-anaknya. Setiap nama dikaitkan dengan doa, tokoh sejarah atau elemen sastera, digabung menjadi satu nama panjang yang bermakna.

“Contohnya nama saya, Atinaa diambil daripada doa ‘Rabbanaatina fiddu­nya hassanah’, Marsita pula merujuk kepada tukang sikat kepada anak perempuan Firaun.

Bapa suka gabungkan perkataan untuk jadikan nama penuh bermakna, dan setiap nama mengandungi kisah tersendiri, termasuk mengambil sebahagian nama arwah ibu, Rasinah Nazar, yang meninggal dunia pada 2008,” jelas Atinaayati.

Dia  menambah bahawa walaupun kini bapanya berusia lanjut, dia masih mengingati kesemua nama anak-anak dan cucu, serta kerap mengaji dan membaca puisi atau sajak yang dicipta sendiri.

Legasi memberikan nama panjang ini tidak diteruskan pada generasi seterusnya tetapi mereka masih mengekalkan nama yang indah, lebih sederhana, selari dengan adab dan peribadi yang ingin ditonjolkan.

Baca juga: Aktiviti Selepas Graduasi Jadi Tragedi, Budak 5 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×