Seorang ibu di laman media sosial meluahkan rasa tidak puas hati apabila nama anak lelakinya yang dikenali sebagai Ayden semakin menjadi pilihan.
Nama Ayden yang dulunya dirasakan istimewa itu semakin popular dan dia beranggapan bahawa orang terdekat ‘meniru’ pilihan nama tersebut.
Baca juga: Selepas 5 Hari Pencarian, Mayat Budak Autisme Akhirnya Ditemui Tersangkut Di Pokok Buluh…
IBU TAK PUAS HATI, NAMA ANAK LELAKI DITIRU ORANG LAIN

Freepik (Sekadar gambar hiasan)
Namun hakikatnya, nama anak lelaki itu bukan ditiru tetapi lebih kepada perubahan zaman dan memilih nama moden seperti Ayden.
Jika dahulu, nama-nama seperti Azman, Rosmah, atau Rahimah menjadi pilihan namun kini, nama moden dan ‘universal’ seperti Ayden, Zayden, Elina dan Mia menjadi popular.
Hal ini kerana mungkin disebabkan pengaruh media, drama, nama-nama antarabangsa, atau kecenderungan ibu bapa untuk memberi nama yang enak disebut.
Walau bagaimanapun, kenyataan ibu tersebut telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet. Ramai yang berpendapat bahawa dia terlalu ‘perasan’ kerana mendakwa ramai yang meniru nama anaknya, Ayden.
Bagi kebanyakan orang, nama merupakan pilihan peribadi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti makna, keindahan sebutan, serta trend semasa.
“Nama anak saudara saya Ayden juga, dan kini usianya 11 tahun. Sewaktu dia masih kecil, saya jarang dengar nama itu digunakan oleh orang lain. Namun sekarang, hampir setiap anak lelaki dinamakan Ayden.
Mungkin suatu hari nanti, bila saya ada anak, trend nama moden akan berubah kembali kepada nama-nama klasik seperti Daud, Samad, Ghazali, atau Awang. Segalanya berputar mengikut peredaran masa,” komen pengguna media sosial.
Baca juga: 19 Tahun Menanti Gelaran Ibu Ayah, Pasangan Ini Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata, Sebak!
Sumber: Threads
