Euforia Bola 2026
Rakyat

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Tidak Lama Lagi, Kawasan Pantai Timur Perlu Berwaspada

monsun timur laut

Musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025–2026 dijangka akan bermula tidak lama lagi, dengan ramalan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan yang bakal melanda.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang, fasa awal MTL kali ini dijangka membawa hujan lebat yang memberi kesan ketara kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, khususnya Kelantan dan Terengganu, bermula  pertengahan November hingga Disember.

Baca juga: Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen Sah

MUSIM MONSUN TIMUR LAUT DIRAMAL MULA BILA-BILA MASA

monsun timur laut

“Pada pertengahan musim MTL iaitu Disember hingga Januari, biasanya ia bergerak ke selatan, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Manakala pada penghujung musim MTL, iaitu antara Januari hingga Februari, kesannya lebih tertumpu kepada Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Ambun menjelaskan bahawa selepas fasa pertama berakhir, luruan monsun dijangka bergerak ke arah selatan, sekali gus mempengaruhi cuaca di bahagian selatan Terengganu, Pahang dan Johor, selain beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan analisis MetMalaysia, terdapat antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh monsun kali ini.

Tarikh sebenar setiap episod akan ditentukan melalui pemantauan cuaca secara berterusan dan dimaklumkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal.

Ambun turut menegaskan bahawa MetMalaysia akan menjalankan pemantauan harian sepanjang musim monsun bagi memastikan sebarang amaran cuaca dapat disampaikan dengan cepat dan tepat melalui pelbagai saluran.

monsun timur laut

Freepik

“Semua makluman rasmi akan dikongsi melalui platform MetMalaysia seperti siaran televisyen, laman sosial rasmi di Facebook, Instagram dan X, selain talian hotline 24 jam yang disediakan untuk orang ramai mendapatkan maklumat cuaca terkini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa Sabah dijangka menerima hujan melebihi purata antara November hingga Februari, susulan kejadian La Nina jangka pendek yang diramalkan berlaku pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan

“Fenomena La Nina ini dijangka menambah taburan hujan di beberapa kawasan di Sabah, namun keadaannya tidak terlalu ekstrem,” tambahnya.

Ambun menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir supaya berwaspada serta sentiasa mengikuti amaran rasmi MetMalaysia, khususnya sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini.

Baca juga: Wanita Masuk ICU Lepas Makan Anggur Shine Muscat… Terus Alami Sakit Kepala, Batuk & Badan Lemah

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×