Musim tengkujuh dijangka berlaku pada November depan hingga Mac 2025 dan bakal menyaksikan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan atau Monsun Timur Laut (MTL) di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur.
Menurut Timbalan Pengarah (Strategik) Ambun Dindang berkata, episod hujan lebat MTL ini akan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Penuh Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Untuk Rujukan
HUJAN LEBAT BERTERUSAN BERMULA NOVEMBER – MAC 2025

Pada Disember hingga Januari, hujan lebat pula dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak. Hujan lebat berterusan ini mungkin akan berlaku di negeri Pantai Barat sekiranya terdapat luruan monsun yang kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.
“Kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata, kecuali beberapa kawasan di Utara dan Timur Semenanjung serta Timur Sabah yang dijangka menerima hujan sedikit di atas paras purata pada fasa awal MTL,” katanya.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) beroperasi 24 jam sehari dan akan memberikan maklumat, ramalan cuaca serta amaran cuaca buruk apabila keadaan memerlukan.
Beliau turut menjelaskan bahawa maklumat mengenai ramalan cuaca, hujan lebat, laut bergelora dan angin kencing akan dikeluarkan melalui platform rasmi media sosial MetMalaysia
Beliau menjelaskan bahawa beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia seperti negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka akan mengalami cuaca yang kering dan kurang hujan pada penghujung MTL, iaitu dari bulan Februari hingga Mei.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa
Sumber: Sinar Harian
