Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan guru dan murid sekolah berlaku sekali gus merisaukan ibu bapa. Terbaharu, ada satu kes melibatkan murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak oleh guru.
Kejadian tersebut berlaku di Labu Kubong, Teluk Intan, Perak dan polis kini sedang melakukan siasatan.
Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!
MURID LELAKI TAHUN 3 DISEPAK GURU, POLIS SIASAT

Foto hiasan: Freepik
Menurut laporan Sinar Harian, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, laporan kejadian itu diterima daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada Ahad lalu.
“Menurut ibu kanak-kanak terbabit, anaknya telah disepak guru lelaki berusia 52 tahun itu ketika berlaku pergaduhan di dalam kelas melibatkan murid Tahun Tiga,” katanya.
Lebih menerukkan keadaan, tindakan guru tersebut menyebabkan murid berkenaan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar.
Katanya lagi, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
*Sebagai guru, kalau nak marah sekali pun janganlah terlampau ikut emosi sehingga mencederakan murid bukan? Kena tindakan tatatertib nanti!
Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’
Sumber: Sinar Harian
