Euforia Bola 2026
Didik

Murid Duduk Atas Tembok Bangunan Sekolah, Aksi Undang Bahaya Boleh Risiko Kemalangan!

bangunan sekolah

Perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebook miliknya mengenai tindakan seorang murid yang dilihat duduk di bahagian tembok sebuah bangunan sekolah mengundang kebimbangan ramai terhadap aspek keselamatan di sekolah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada 28 Jun 2026 di sebuah Sekolah KAFA dan individu yang merakam gambar itu dikatakan hanya sempat mengambil gambar dari jauh dan tidak berpeluang menegur murid berkenaan.

Baca juga: Anak Sulung Rita Rudaini Pecah Rekod 110M Lari Berpagar, Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026

DUDUK ATAS TEMBOK BANGUNAN SEKOLAH, AKSI BAHAYA

BANGUNAN SEKOLAH

Mohd Fadli berkata, pemandangan itu mengingatkannya kepada beberapa insiden tragis sebelum ini yang melibatkan murid terjatuh dari bangunan sekolah sehingga mengakibatkan kecederaan serius dan kehilangan nyawa.

Sehubungan itu, dia menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Menurutnya, sekiranya pemasangan ciri keselamatan seperti jaring di semua sekolah menghadapi kekangan kewangan, sekurang-kurangnya pihak sekolah boleh diarahkan mengadakan taklimat khas kepada murid mengenai bahaya bermain atau duduk di kawasan berisiko seperti tingkap dan koridor bangunan.

Beliau turut mencadangkan agar tindakan disiplin yang lebih tegas dikenakan terhadap murid yang melanggar arahan keselamatan sebagai langkah mendidik serta meningkatkan kesedaran.

Keselamatan murid perlu diberi keutamaan

Dalam pada itu, Mohd Fadli turut berharap isu berkaitan keselamatan murid diberi perhatian serius oleh semua pihak sebelum lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku.

Dia berpandangan usaha pencegahan melalui pendidikan keselamatan, pemantauan yang lebih rapi serta kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan di kawasan sekolah.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bersetuju bahawa aspek keselamatan di sekolah tidak boleh dipandang ringan dan wajar diberi keutamaan demi melindungi nyawa serta kesejahteraan murid.

Baca juga: “Jangan Anggap Anak Sejuk Biasa” – Jururawat Pesan Tanda Menggigil Boleh Jadi Amaran Awal Tragedi

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×