Berita tragis, sebuah bangunan sekolah di Jalan Syed Putra telah menjadi kawasan insiden melibatkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu yang maut akibat terjatuh, pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.59 petang.
Baca juga: Hasrat Bapa Tercapai, Anak Berjaya Masuk UMK Hasil Kutipan Dana Orang Kampung Dalam Tempoh 2 Jam!
BANGUNAN SEKOLAH 8 TINGKAT INSIDEN PELAJAR MAUT TERJATUH

Beliau berkata, mangsa berumur 13 tahun telah jatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah berkenaan dan telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa telah dirujuk ke Bahagian Forensik dan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes ini.
Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!
“Kes kematian ini telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Justeru, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai dan menghentikan penularan kejadian ini di media sosial,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ku Mashariman berkata, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Baca juga: [VIDEO] Pilu Menyelubungi Dua Keluarga, 5 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Bayi Di Kawasan Setinggan!
Sumber: Berita Harian
FT Immage: evening_tao
