Malang tidak berbau, seorang murid berusia lapan tahun dilaporkan telah dilanggar kereta di hadapan sebuah sekolah sehingga menyebabkan mangsa mengalami retak di belakang kepala, luka di tubuh badan dan kecederaan lain yang sedang dikenal pasti.
Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11 (1), pada petang Khamis.
Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!
MURID DILANGGAR KERETA DEPAN SEKOLAH

Gambar Harian Metro: ORANG ramai menterbalikkan kereta untuk menyelamat murid berusia lapan tahun yang dilanggar di hadapan SK Presint 11 (1), Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada 4.45 petang ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari laluan pejalan kaki di sebelah Blok C Apartmen Zon 6B, melintasi Jalan P11J/1 di hadapan sekolah.
“Mangsa dilanggar kereta dipandu wanita di laluan utama dan dibawa ke Hospital Putrajaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Bayi Kongsi Tarikh Lahir Sama Maryam, Pasangan ‘Durian Kimchi’ Selamat Timang Anak Kedua!
Orang awam bantu menterbalikkan kereta untuk mengeluarkan mangsa
Terdahulu, orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dengan menterbalikkan kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Ismail Mustafa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota sebaik menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang.
Baca juga: Wanita Ada Sejarah Bersalin Czer 5x, Kini Suami Kedua ‘Demand’ Nak 3 Anak Lagi!
Sementara itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik menerima maklumat kemalangan membabitkan murid SK Presint 11 (1) itu.
Katanya, ibu bapa murid berkenaan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Putrajaya serta guru dan ahli jawatankuasa PIBG sekolah turut berada di hospital.
“Doktor juga telah memberi penerangan lanjut mengenai kecederaan dialami adik Hanafi dan mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan,” tulisnya.
Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!
Sumber: Harian Metro
FT Image: JBPM
